Home » » SELANGOR !! KHALID BIARKAN RAKYAT TANGGUNG BEBAN HUTANG AKIBAT KEGAGALAN PENTADBIRAN

SELANGOR !! KHALID BIARKAN RAKYAT TANGGUNG BEBAN HUTANG AKIBAT KEGAGALAN PENTADBIRAN

Written By LAILANATASHA on Sunday, January 29, 2012 | 5:13 AM

Kerajaan pakatan di Selangor cuba memutar belitkan fakta kegagalan mereka menangani masalah air. Cubaan mereka untuk menjadi hero air menyebabkan Selangor terpaksa menanggung hutang air yang tinggi kepada kerajaan Persekutuan.


Hakikatnya semenjak mereka mengambil alih Selangor, segala janji sebelum pilihanraya tidak di kotakan. Malahan masalah beban hutang air makin teruk dipikul oleh rakyat Selangor.


Perkara yang paling penting di sini adalah seluruh rakyat Selangor harus dan wajib tahu bahawa kerajaan Pakatan tidak akan dapat sama sekali mengemudi negeri Selangor kearah kesejahteraan. 


Dalam masa tiga empat tahun sahaja banyak aset Selangor lenyap untuk membayar kos pentadbiran yang lemah. Ini amat berbeza dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang dapat mengumpul aset yang banyak untuk Selangor tanpa membebankan rakyat secara tidak munasabah.


Pertimbangan yang sewajarnya harus dibuat oleh pihak kerajaan yang memerintah demi memastikan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Kita tidak boleh cuba mengambil langkah yang kurang bijak semata-mata untuk memenangi hati rakyat secara membuta tuli kerana di akhir ceritanya kegagalan dan kejayaan pemerintahan bergantung kepada kesinambungan KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN rakyat.


Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong tentang jumlah hutang air yang harus di bayar kepada kerajaan Persekutuan akhirnya menjerat diri sendiri.  Hakikat jumlah hutang memang tidak boleh ditipu kerana ianya bersandarkan fakta. 


Lumrah kerajaan Pakatan akan sentiasa bercakap mengenai harta yang Syabas ada kerana dipengakhiran cerita mereka akan menjual segala aset yang ada untuk melaksanakan cita-cita yang mustahil.


Kerajaan Pakatan di Selangor akan terus mengemudi Selangor ke lembah kehancuran. Rakyat Selangor akan menanggung beban hutang hingga ke anak cucu cicit.


Rakyat Selangor harus bangkit di PRU13 ini untuk memastikan kesinambungan dan kesejahteraan Selangor akan di bela dari kehancuran di tangan kerajaan Pakatan.



Ikuti pendedahan BERNAMA;

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri tidak menghadapi masalah pembayaran hutang air dengan kerajaan Persekutuan kerana mempunyai aset yang lebih besar dari nilai hutang.

Menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kenyataan Abdul Khalid itu menunjukkan kerajaan negeri 'sanggup memutar belit fakta' demi mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar yang telah menyebabkan isu penstrukturan semula industri air di negeri tersebut tidak dapat diselesaikan. ​

"Laporan Ketua Audit Negara jelas menyatakan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan ialah RM829.86 juta tanpa menyebut mengenai nilai aset air kerajaan negeri," kata Chin dalam satu kenyataan di sini.

Rabu lepas, Abdul Khalid berkata aset air negeri itu berjumlah RM10.98 bilion, jauh melebihi angka hutang itu kepada kerajaan Persekutuan.

Justeru, Chin menyarankan agar Abdul Khalid menumpukan perhatian untuk menyelesaikan isu penstrukturan air negeri Selangor, termasuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri itu seperti yang dihasratkan kerajaan negeri dengan cara rundingan biasa "willing buyer, willing seller". - BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger