Home » » LOVE STORY AWAL & SCHA

LOVE STORY AWAL & SCHA

Written By LAILANATASHA on Sunday, April 8, 2012 | 12:50 PM

Persisi kisah dongeng tautan kasih Scha AlYahya dan Awal Ashari. Si teruna setia menanti demi mendapatkan puteri idaman manakala si dara pula bertuah kerana putera hadir tepat pada masanya merawat segala luka sekali gus bertemu cinta sejati. Akui Awal, bukan mudah memikat buah hatinya itu. Tiga tahun dia menanti dengan penuh harapan sebelum salam yang dihulurkan bersambut. Meskipun terpaksa berdepan dengan lautan berliku, rasa kasih terhadap Scha tidak pernah goyah.



"Pertama kali melihatnya dalam program Dewi Remaja pada 2007, terdetik rasa suka dan timbul keinginan yang tinggi untuk mengenalnya dengan lebih rapat. Saya terpikat dengan kecantikan serta personalitinya yang lain dari lain. "Ketika itu saya dipertanggungjawabkan mengacara program berkenaan dan Scha pula salah seorang peserta. Jika peserta lain asyik "pose" cantik, dia sangat selamba malah sekali pandang macam tak sesuai pula dia menyertai pertandingan itu biarpun dia jelita. Namun, sikap bersahaja yang buat saya asyik ingatkan dia.

"Awal perkenalan, dia sangat sombong. Biarpun berjaya mendapatkan nombor telefonnya selepas insiden, saya masih tidak dapat mendekatinya. SMS yang saya hantar dibalas dengan ayat ringkas atau sepatah perkataan. "Selidik punya selidik, pada 2008 saya dapat tahu dia sudah ada teman lalaki. Saya tidak mahu kacau daun dan selepas itu, hanya mengirimkan SMS untuk bertanya khabar. Biarpun sedar tidak ada harapan, namanya tetap bertakhta di hati malahan bagi saya dia tiada tandingan" kata Awal ketika menjayakan sesi fotografi istimewa bersama SELEBRITI di Hotel Pullman, Putrajaya baru-baru ini.

Awal yang kacak menggayakan sut rekaan Bon Zainal berkata, tawaran manjadi penghias kulit muka depan sebuah majalah membuka ruang kepadanya untuk bergandingan dengan wanita idamannya. Dia diberi lampu hijau untuk memilih pasangan gandingannya dan sudah tentu nama Scha meniti di bibir.

Biarpun Scha kekal dingin, perasaannya tidak pernah berubah sebalinya kerjasama itu menjadi antara kenangan terindah baginya. Sehinggalah penghujung 2008, mereka bertemu sekali lagi di Astro Awani untuk mempromosikan filem Syurga Cinta dan Histeria. Dari Situ, mereka mula berbalas SMS lebih kerap namun masih atas paksi rakan artis.

"Selepas itu saya beberapa kali terserempak dia keluar teman barunya yang juga artis. Sebagai lelaki yang meminatinya, saya gembira melihat dia bahagia. Takdir sekali lagi menemukan kami di Festival Filem Malaysia pada 2009, sejak itu kami makin rapat dan tahun berikutnya (2010) kami disatukan sebagai hos program sehati berdansa. "Kami semakin selesa dengan persahabatan yang terjalin dan kebetulan ketika itu dia putus cinta. Scha selalu berkongsi masalah dan isi hatinya dengan saya. Penghujung 2010, cinta saya akhirnya berbalas.

"Apabila dikenang, kisah cinta kami seperti kisah dongeng. Selepas dua tahun memendam perasaan dan melihatnya bahagia dengan orang lain, barulah saya dapat rapat dengannya an setahun selepas itu, barulah dia terima saya sebagai kekasih. "Luaran Scha nampak keras hati tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat penyayang. Ibu dan kawannya pernah beritahu, Scha tidak pernah sayang orang lain macam dia sayang saya. Dia banyak berkorban da letakkan saya sebagai keutamaan dalam hidupnya. Saya rasa sangat bertuah dan bahagia,"katanya yang melayan Scha bagai puteri sepanjang sesi Fotografi

Sementara itu si puteri anggun dalam persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, saiful Baharin menjelaskan, antara faktor membuatkan jatuh hati dengan Awal kerana kesabaran serta kesungguhan jejaka itu cuba manawan hatinya selain sikap mereka yang bertentangan. "Kebanyakan hubungan saya sebelum ini keda-duanya dominan. Apabila batu bertemu batu, maka hubungan menjadi tegang. Lain dengan Awal kerana bersamanya kami ibarat 'yin dan yang' di mana kami saling melengkapi. Dia hadir tepat pada masanya .Tatkala saya bersedih, dia umpama air yang menyejukkan hati saya. "Sebenarnya, saya tahu dia cuba mendekati saya sejak kami bertemu di Pertandingan Dewi remaja tetapi saya buat-buat tak faham. Selepas beberapa percubaan, kami mula rapat apabila sama-sama menghadri Festival Filem Malaysia 2009 yang berlangsung Di Sabah.

"Dia ada segala-galanya yang saya mahu. Bersamanya saya boleh jadi diri sendiri malah rasa sangat selamat. Dia sangat percayakan saya dan tiada istilah cemburu. Dia tidak pernah kawal saya mahu berkerja dengan siapa pun namun sebagai kekasih saya sendiri yang letakkan limitasi.

"Bagi saya, takdir kami sangat manis. Meskipun ambil masa yang lama untuk saling mencintai, saya bahagia. Dialah artis pertama yang saya kenal malah dia setia mengikuti perjalanan karier saya dari mula hingga kini," kata Scha.

Kta Scha atau nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, kehadiran Awal juga banyak mengubah gaya hidupnya. Jika sebelum ini dia selesa melakukan semua perkara tanpa kehadiran lelaki di sisi, namun sejak adanya Awal, segala urusan seharian akan dilakukan bersama-sama.

Ini kerana Awal mahu bertemunya setiap hari kecuali salah seorang daripada mereka berada di luar Kuala Lumpur. Bahkan jejaka berjiwa sensitif itu sentiasa mahu Scha menemaninya dalam kebanyakan urusan hidup termasuklah membayar bil.

"Mula-mula kekok tetapi leas dia egur buat apa kawan kalau tak mahu temankan dia, saya faham dan mula mengikut caranya. dari situ saya tahu dia sangat sayangkan saya dan mahu saya selalu ada di sisi." kata Scha seraya menjeling manja bakal suami tercinta. Pasangan ini akan diijabkabulkan di Hotel Pullman, Putrajaya pada tanggal 4 Mei depan manakala resepsi pula berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei. Putih gading akan menjadi tema hari mereka disatukan sebagai suami isteri dan resepsi akan diserikan dengan warna pastel, bunga serta riben.

Ujar Awal, dia mahu yang terbaik buat bakal suri hidupnya justeru dia tidak kisah bersunggug-sungguh memerah idea mengatur persiapan hari bahagia mereka.
"Scha sentiasa mengharai apa yang saya beri atau buat untuknya. Selama ini saya kurang manjakan dia malah saya tidak romantik. Unutk majlis perkahwinan kami nanti saya mahu manjakan dia bagai puteri.

"Saya mahukan sesuatu yang istimewa dan lari dari kebiasaan majlis perkahwinan. Kami sedang mengusahakannya dan berharap kejutan itu akan jadi kenagan terindah buat Scha dan tetamu," kata Awal yang turut memaklumkan bulan madu di Eropah terpaksa di tunda ke penghujung tahun berikutan jadual seninya padat tetapi dia tetap akan melapangkan beberapa hari untuk pra bulan madu dalam negara atau negara berhampiran.

Celah Scha yang mahu menimang cahayamata secepat mungkin selepas mendirikan rumah tangga berkata, kalau ikutkan mahu majlis sederhana tetapi tidak boleh ikut kehendak hatinya saja kerana majlis membabitkan dua keluarga. "Saya serahkan kebanyakan urusan kepasa Awal. Pendek kata, perkara besar dan penting dia yang putuskan. Ini kerana saya tahu dia lebih cerewet, teliti dan seleranya bagus,"kata Scha.
 
tq-rojak
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger