Home » » Empat menteri, timbalan angkat sumpah Senator

Empat menteri, timbalan angkat sumpah Senator

Written By LAILANATASHA on Monday, April 9, 2012 | 3:46 PM

    
KUALA LUMPUR 9 April – Lima orang mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Empat daripadanya iaitu Datuk Raja Nong Chik Datuk Zainal Abidin, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Awang Adek Hussin telah dilantik semula dan mereka akan berkhidmat selama tiga tahun sementara seorang lagi ialah senator yang baru dilantik, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya tahun 1973, merupakan Ketua Wanita UMNO negeri Selangor dan Exco Wanita UMNO Malaysia.

Semasa bercakap kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah itu, Raja Ropiah berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana pelantikan kali pertama itu untuk tempoh tiga tahun.

Katanya beliau akan memberi perkhidmatan terbaik untuk kepada rakyat khususnya di negeri Selangor. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger