Bila manusia gunakan warak sebagai topeng kehidupan maka mereka gunakan lesen warak untuk penuhi desakan nafsu serakah.
Tindak tanduk semakin warak dan kalau bercakap dengan perempuan bukan sahaja tak mahu bertentang mata, malah sepanjang menjadi juri AF9 lalu, percakapannya sopan, berlapik dan salam tak pernah tinggal adalah topeng semata untuk melebarkan tuntutan nafsu tanpa batasan.
MINGGU lalu, heboh orang bercakap tentang Sham Kamikaze kahwin satu lagi. Walaupun cerita itu sudah lama tersebar tetapi minggu lalu memang menggemparkan kerana bapa mertuanya turut memberi kenyataan mengesahkan pekahwinan itu.
Sebenarnya Joyah bukanlah terkejut sangat apabila mendengar berita perkahwinan itu, tetapi Sham dikatakan tidak mengaku dan menafikan yang dia telah berkahwin buat kali kedua.
Kalau betul Sham dah kahwin, takkanlah orang yang kuat agama macam Sham sanggup cakap bohong apalagi menafikan sesuatu yang sudah halal dari segi hukum!
Sham tahu hukum, mustahil sampaikan perkahwinan keduanya yang memang sudah sah dari segi hukum syarak mahu dinafikan!
Entah-entah ada orang dengki dengan Sham hingga sanggup buat berita yang tidak benar. Iyalah setahu Joyah, Sham yang kini semakin warak dan kalau bercakap dengan perempuan bukan sahaja tak mahu bertentang mata, malah sepanjang menjadi juri AF9 lalu, percakapannya sopan, berlapik dan salam tak pernah tinggal.
tq-utusan
Post a Comment