Home » » Tiga proklamasi darurat dibatal kerana yakin rakyat bersedia

Tiga proklamasi darurat dibatal kerana yakin rakyat bersedia

Written By LAILANATASHA on Wednesday, April 11, 2012 | 4:50 PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah membatalkan tiga proklamasi darurat adalah kerana yakin rakyat kini telah bersedia untuk memasuki era baru.
"Kerajaan percaya bahawa setelah lebih separuh kurun merdeka dan mengamalkan demokrasi, masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi. 

"Berpegang kepada hal itu, kita kini bersedia memasuki era baru di mana fungsi kerajaan tidak lagi dilihat sebagai mengehadkan kebebasan individu, sebaliknya, untuk memastikan bahawa hak-hak asasi yang dilindungi Perlembagaan bagi setiap individu itu terjamin,” katanya dalam ucapannya pada istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 di Istana Negara, di sini hari ini.

Najib berkata: “Selanjutnya, satu perimbangan adil, dapat pula ditemui antara kebebasan seseorang dan keselamatan kebangsaan.”
Beliau berkata, bersesuaian dengan iltizam itu, kerajaan melalui Parlimen telah pun membatalkan tiga proklamasi darurat yang masih berkuasa dan akan membiarkan kesemua ordinan di bawah perisytiharan tersebut mansuh pada bulan Jun ini kecuali tiga ordinan yang akan dibentangkan sebagai rang undang-undang baru di Parlimen iaitu yang berkaitan dengan RELA, Rukun Tetangga dan Undang-Undang Laut Wilayah. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger