Home » » Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Agong

Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Agong

Written By LAILANATASHA on Tuesday, April 10, 2012 | 11:18 PM

Ratu Elizabeth II dari Britain mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14.

"Beta ingin mengucapkan tahniah kepada Tuanku bersempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong. 


"Beta masih menaruh ingatan manis tentang lawatan negara Tuanku ke United Kingdom pada 1974 dan sudah menyaksikan dengan penuh sanjungan bagaimana Malaysia berkembang, sambil kekal memelihara keperibadian dan nilai-nilainya yang mulia.
"Beta ucapkan selamat maju jaya ketika Tuanku memimpin Malaysia, buat kali kedua, dalam perjalanan menuju kemakmuran dan sebagai sebuah kuasa untuk kebaikan di rantau ini dan dunia yang lebih luas," titah Ratu Elizabeth dalam perutusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini. 

 

 

Tuanku Abdul Halim pertama kali dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 pada usia 42 tahun dan baru-baru ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger