Home » » AZMIN PANAS!! PKR YANG DEDAH RAKAMAN VIDEO AZMIN?

AZMIN PANAS!! PKR YANG DEDAH RAKAMAN VIDEO AZMIN?

Written By LAILANATASHA on Monday, May 7, 2012 | 10:58 AM

 




Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendedahkan, beliau tahu perakam video aksi panas dikatakan mirip pemimpin pembangkang dengan seorang wanita, yang hangat terpapar dalam media massa beberapa hari lalu.

Beliau turut memberi amaran mendedahkan individu bertanggungjawab merakamkan adegan tidak senonoh itu bila-bila masa.

“Kita akan dedah siapa perakam dan tunggu masa dedah siapa buat,” katanya selepas menyampaikan ceramah isu politik Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, di tanah lapang Paloh Sungai Kiat, malam kelmarin.

Zulkifli turut menolak dakwaan segelintir pihak mengaitkan video itu dengan Umno, sebaliknya mendedahkan ia dilakukan di kalangan mereka akibat pertelagahan­, selain mendapat kepentingan tertentu.

Dalam kenyataan sama, beliau turut minta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail membersihkan dahulu 3A iaitu ‘Anwar, Azmin dan Azizah’ sebelum bersih orang lain.

Katanya, Azizah tidak perlu bercakap hal orang lain sebelum membersihkan partinya terlebih dahulu.

“Bersihkan Anwar, selepas itu Azmin, tuduhan Datuk Nallakarupan itu serius dan Azizah kena bersihkan diri dia sendiri,” katanya.





tq-sinarharian













Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger