Home » » JIJIK 3 SUKU!! Jemaah Haji Malaysia berhadapan larangan ke Mekah, Anwar dan Nik Aziz tanggung!

JIJIK 3 SUKU!! Jemaah Haji Malaysia berhadapan larangan ke Mekah, Anwar dan Nik Aziz tanggung!

Written By LAILANATASHA on Monday, May 7, 2012 | 9:09 AM

SESUNGGUHNYA AMAT MEMALUKAN UMAT PAS INI TELAH MENJATUHKAN MARUAH UMAT ISLAM!! TEMPAT BERIBADAH UMAT ISLAM TELAH DIKOTORKAN DENGAN JIJIK 3 SUKU SHIT. APA YANG MENJADI PERSOALAN KITA SEMUA ADALAH SIAPAKAH YANG MEMBIAYAI UMRAH UMAT PAS 3 SUKU INI? ADAKAH AMBIGA? ADAKAH ANWAR? ADAKAH YAHUDI?? HAKIKATNYA YAHUDI MENYELINAP KEDALAM UMAT PAS INI SECARA TEGAR. MAKA SELAYAKNYA LAH UMAT PAS INI BERTAUBAT NASUHAH.




Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 perlu bertanggungjawab jika jemaah Malaysia tidak dibenarkan menunaikan haji dan umrah, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, pihak keselamatan Arab Saudi memandang serius tindakan peserta BERSIH yang mengadakan perhimpunan haram berunsur politik di negara berkenaan.

“Arab Saudi cukup sensitif berhubung demonstrasi atau sebarang perhimpunan haram yang dilakukan di negaranya.

“Dulu ada rakyat sebuah negara Islam mengadakan demonstrasi di Makkah dan Madinah bagi tujuan mendemokrasikan politik di negara itu dan Arab Saudi tidak mengizinkan jemaah dari negara berkenaan menunaikan haji dan umrah bagi tempoh tiga tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran konvoi bermotosikal sempena sambutan Hari UMNO Ke-66 di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, penganjur perlu bertanggungjawab dan bersedia membayar harga yang tinggi jika Arab Saudi mengenakan sekatan terhadap jemaah negara ini.

“Saya cukup khuatir sensitiviti Arab Saudi tidak diketahui penganjur yang berpotensi menjejaskan jemaah haji dan umrah kita, adakah ini cara yang baik untuk menuntut perubahan kerana kita juga perlu mematuhi undang-undang negara lain termasuk Arab Saudi.


“Saya tidak fikir Arab Saudi akan mendiamkan diri ekoran gambar yang dikeluarkan melalui YouTube dan laman sosial facebook.

“ Kita perlu ingat risikan tentera mereka cekap kerana sering berdepan situasi sedemikian yang membabitkan negara luar,” katanya.

Menurut laporan media, pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan siasatan terhadap penganjuran perhimpunan itu di Makkah dan Madinah pada 28 April lalu.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, demonstrasi jalanan bukan acuan politik yang sesuai untuk negara ini

Pada majlis itu, Ahmad Zahid mengetuai konvoi bermotosikal berkenaan yang akan menjelajah ke Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang sebelum berakhir di Kuala Lumpur.

Konvoi lima hari itu dijangka menamatkan jelajah di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat depan dan dijadual disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger