Home » » IRENE FERNANDEZ !! KEJI MALAYSIA DI INDONESIA!!

IRENE FERNANDEZ !! KEJI MALAYSIA DI INDONESIA!!

Written By LAILANATASHA on Tuesday, May 8, 2012 | 10:50 AM


Irene Fernandez seorang lagi balaci Anwar yang di tugaskan memburukkan Malaysia di luar negara. Kali ini tugas dia cuba mengeruhkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

Tahukah dia bahawa majikan yang suka mendera dan menghina pembantu rumah ini 95% adalah penyokong PAKATAN HARAM. Kebanyakkan majikan dari penyokong kerajaan lebih bersikap timbang rasa terhadap pembantu rumah. Kenapa perkara ini berlaku begini? Rata-rata penyokong PAKATAN HARAM terdiri dari mereka yang ganas dan kurang berperikemanusiaan.

Manakala sikap dia yang cuba membela penjahat perompak Indonesia yang menyamun rakyat Malaysia.. kita amat maklum bahawa memang MEMBELA PENJAHAT adalah motif utama penubuhan PAKATAN HARAM ini. Dah berapa ramai penjenayah di Malaysia ini mereka julang sebagai WIRA dan pihak polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara di anggap sebagai penjahat.

Inikah sikap yang kita harapkan sebagai pemimpin? Tidak sama sekali... MAKA DENGAN ITU MARI KITA BERJIHAD HAPUSKAN PAKATAN HARAM DARI BUMI MALAYSIA TERCINTA DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA.


Irene Fernandez Bukan mahu mempertahankan nama baik atau mencari jalan untuk menjernihkan kemelut antara Malaysia dan Indonesia, sebaliknya, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez memilih mengecam negaranya sendiri dalam media Indonesia.

Irene yang mengetuai Tenaganita iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita, mendakwa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat Indonesia mencari rezeki.

Rakyat Indonesia khususnya wanita yang ke Malaysia untuk bekerja digambarkan Irene, saling tidak ubah dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol berikutan wujudnya industri perkhidmatan pembantu rumah.

"Kewujudan industri perkhidmatan pembantu rumah dan penswastaan perkhidmatan kesihatan merupakan satu bentuk penjajahan baru yang merosakkan sistem ekonomi negara dan meningkatkan ketidaksamaan jurang antara pekerja asing khususnya wanita," kata Irene dalam satu temu bual dengan akhbar The Jakarta Post yang disiarkan hari ini.

Temu bual yang disiarkan di halaman empat akhbar itu dengan tajuk Malaysia not safe for Indonesian migrant workers merupakan susulan daripada insiden tiga rakyat Indonesia yang disyaki sebagai penjenayah ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mac lalu.

"Polis Malaysia tidak ada kuasa untuk menembak ketiga-tiga mereka sekalipun mereka suspek jenayah. Sepatutnya polis menahan kesemua suspek itu dan bawa mereka ke muka pengadilan seandainya suspek itu diberkas ketika melakukan jenayah," kata Irene yang meminta siasatan menyeluruh dilakukan bagi membuktikan dakwaan polis Malaysia tepat.

Irene mendakwa, berdasarkan laporan, ketiga-tiga rakyat mereka bukan penjenayah.

Dakwaan itu bertentangan dengan laporan polis sebelum ini yang menyebut tiga rakyat Indonesia, Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, dan Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah bertindak menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang pada awal pagi 24 Mac lalu.
Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke atas ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditembak di dalam kawasan sebuah rumah di Port Dickson.

Dakwaan dan tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang menegaskan, pihak berkuasa Malaysia tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat negara itu yang ditembak mati.
Dalam temu bual itu juga, Irene mendakwa, apa yang menyebabkan Malaysia tidak selamat dijadikan tempat mencari rezeki ialah kerana Malaysia tidak memiliki rangka kerja atau sebarang undang-undang khusus untuk mempertahankan pekerja.

"Lebih buruk lagi kerajaan Malaysia juga mengekalkan diskriminasi dalam kalangan pembantu rumah dan buruh ladang iaitu dua sektor yang dikecualikan daripada pengenalan upah gaji minimum," ujar beliau.
Selain kerajaan Malaysia dan PDRM, Irene turut menempelak majikan yang bebas memperlakukan apa sahaja kepada amah mereka hanya kerana diberikan kebenaran memegang pasport pekerja masing-masing.
"Majikan di Malaysia melanggar undang-undang dengan memberi rasuah kepada polis dan mahkamah," dakwa Irene sambil menggesa pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.
Berhubung usaha Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan Program 6P, Irene secara sinis berkata, akornim P dalam program itu ialah 'Penipuan'. - 



Tq-utusan




Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 8, 2012 at 11:32 AM

pariah.

Anonymous
May 10, 2012 at 12:41 AM

negara kita tak perlu paria mcm ni..halau dia dari malaysia..biar dia merempat kat negara yg nak layan perangai monyet dia ni..geram sungguh aku tgk dia..mcm nak parang2 je dia ni.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger