Pecah Usus? Satu Lagi Penipuan #BERSIH3 Terkantoi
30 April 2012, artikel bertajuk "Usus Ibu 50 Tahun Pecah Dipijak Polis" dikeluarkan oleh KL-Today. Artikel itu diambil dari kenyataan Khalid Ismath (imam Syiah UiTM) yang menyatakan "dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak polis berpakaian preman". Itulah tuduhan yang dibuat oleh anak kepada Faridah Abdul kepada KeadilanDaily.
Berdasarkan gambar di atas, cerita pecah usus itu diolah lagi dengan lebih simpati oleh Khalid Ismath. “Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan. Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,”
Badan lemah tapi masih boleh berkempen lagi kepada staff di hospital? Mungkin dibedah doktor beritahu. Jika begitu Faridah Abdul akan ditahan lama di hospital kerana kecederaan ususnya. Khalid Ismath menambah cerita lagi mengatakan ibunya menerima tujuh jahitan di dahi.
Kita lihat gambar di bawah ini yang diambil pada 5 Mei 2012, seminggu selepas hari kejadian. Ada nampak jahitan tujuh jarum di dahi ibu Khalid Ismath? Jika usus pecah dipijak dan perlukan pembedahan, sudah pasti ibu Khalid Ismath ini masih lagi di hospital, ini sudah boleh cergas untuk ke Ibu Pejabat Polis kelmarin bersama dengan Khalid Ismath.
Ini satu lagi penipuan yang dibuat oleh Khalid Ismath dan keluarganya. Kisah sama yang pernah berlaku di Universiti Malaya tahun lalu, kisah yang sama pernah berlaku di UPSI pada awal tahun ini dan berulang lagi skrip yang sama kali ini. Penipuan ini akan membuatkan rakyat lebih muak dengan permainan persepsi kotor pembangkang.
Tq-anginperubahan
Post a Comment