Home » » HUDUD PAS!! BUKTI PAS MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM UNTUK POLITIK KOTOR

HUDUD PAS!! BUKTI PAS MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM UNTUK POLITIK KOTOR

Written By LAILANATASHA on Monday, June 25, 2012 | 9:32 AM



Pendedahan dibawah membuktikan siapa sebenarnya Nik Aziz dan Haji Hadi 
sebagai peneraju PAS yang lebih kenali sebagai Perasit Islam Semalaysia. 
Skandal Sulit Nik Aziz Terbongkar
 


Apa jadi dokumen negara Islam?

Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden 
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai 
“usaha serius menangani kegagalan akal manusia” berhubung pelbagai masalah 
dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam 
berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.

Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun 
Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan
parti di muktamar ke-49.Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai 
sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut 
dan Umno sebagai “kafir berikat” kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC 
dalam Perikatan-Barisan Nasional.

Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 
muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.

Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat 
umum dan boleh diguna pakai sesiapa.

Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 
muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara 
Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara 
Islam.

Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu 
umum untuk dijadikan panduan.

Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed 
Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain 
penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih 
cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.

Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang 
ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, “langkah mayat dia dulu” jika Pas 
mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh 
diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto 
bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak 
asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.

Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap ‘lidah bercabang”. Jaminan 
Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul 
Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya 
pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara 
BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan 
kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas 
untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan 
Melayu-bukan Islam.

Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong 
hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda 
agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang 
substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, 
tegasnya.

Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin 
Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.

Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan 
bahawa “sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang 
hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat.”

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan 
kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.

Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara 
dan asas perjuangan politiknya.
Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. 
Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran 
mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih 
senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti 
dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah 
pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa 
jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk 
Dokumen Negara Islam?

DR MASHITAH IBRAHIM
22 Jun 2012 _
 Sumber Sinar Harian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger