Home » » KANAK-KANAK 6 TAHUN KUTIP DERMA UBAT KANSER BAPA

KANAK-KANAK 6 TAHUN KUTIP DERMA UBAT KANSER BAPA

Written By LAILANATASHA on Tuesday, June 12, 2012 | 4:12 PM


Kisah Kanak-Kanak 6 Tahun Yang Mengumpul $10000 Demi Bapanya

Kisah kanak-kanak ini begitu menyentuh perasaan. Drew Cox baru berusia 6 tahun namun dia begitu memahami situasi orang tuanya. Dia merupakan anak sulung dari tiga beradik.



Demi kasih sayang yang mendalam terhadap bapanya, Drew membuka sebuah gerai menjual air lemon di hadapan rumahnya demi mengumpul wang bagi mengubati penyakit bapanya. Bapanya, Randy Cox disahkan menghidap Seminoma, sejenis kanser yang jarang berlaku kepada manusia.

"Dia sangat penting bagi saya," kata Drew.

Pada mulanya, limau yang dijual Drew sedikit sahaja. Setelah jiran-jirannya mengetahui niat Drew berniaga, gerai air lemon Drew mula menjadi pesta kecil. Banyak kereta yang berhenti untuk membeli air lemon Drew sekaligus menderma sehingga akhirnya Drew berjaya mengumpul $10000 bagi menampung kos perubatan bapanya.

Walaupun sedang menghadapi ujian yang sangat berat, namun Randy Cox memang bertuah kerana mempunyai anak kecil yang begitu memahami, menyayangi dan sanggup melakukan apa sahaja buatnya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger