Home » » KOMIK PESONG AKIDAH DIJUAL LUAR PAGAR SEKOLAH

KOMIK PESONG AKIDAH DIJUAL LUAR PAGAR SEKOLAH

Written By LAILANATASHA on Friday, August 3, 2012 | 12:39 PM




Dari FB Cikgu Rahmat.. Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah.

Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian.

Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini.

Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru.

Edaran kertas promosi Koleksi Buku Macam-Macam Ada yang menjual koleksi buku perosak akidah...berselindung disebalik nama buku akademik dan Islam.

Muka hadapan buku Kisah Malaikat memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran malaikat oleh penganut ajaran Kristian.

Buku perosak akidah ini diterbitkan oleh Khidmat Mantap Enterperise yang beralamat di Banting, Selangor. Tidak seperti penerbit buku yang lain, penerbit buku ini tidak menulis nombor pendaftaran syarikat, tiada nombor telefon dan tiada alamat penerbit yang lengkap. (Strategi untuk mengelak dikesan dan diambil tindakan).

Ketua Unit Penguatkuasa, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Cawangan Negeri Johor, dalam kunjungan ke sekolah saya mengesahkan bahawa penerbitan buku ini menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Lakaran wajah Nabi Musa dalam buku 'Kisah Malaikat' yang menyesatkan akidah umat Islam.
Lakaran Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina dalam buku "Kisah Malaikat" yang menyesatkan akidah umat Islam.

TERJEMAHAN SURAH AN-NAAS DALAM "BUKU HIMPUNAN DOA HARIAN" YANG SENGAJA MENYESATKAN : Katakanlah : Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Daripada kejahatan (bisikan syaitan) yang apabila bersembunyi. Yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Daripada jin dan manusia. (SEMAKAN DALAM TAFSIR AL-QURAN MENDAPATI TAFSIRAN INI TIDAK TEPAT DAN SENGAJA DIKELIRUKAN UNTUK MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM)
Dalam buku Himpunan Doa Harian : Terjemahan ayat kursi bermula dengan ayat "Manusia raja manusia. Sembahan manusia.



TERJEMAHAN SURAH AL-FALAQ DALAM BUKU "HIMPUNAN DOA HARIAN" YANG TIDAK TEPAT DAN MENYESATKAN : Katakanlah, Aku berlindung kepada tuhan yang menguasai subuh. Daripada kejahatan makhluknya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. (SEMAKAN DALAM TAFSIR AL-QURAN MENDAPATI TERDAPAT BANYAK PERUBAHAN MAKNA DILAKUKAN DENGAN SENGAJA UNTUK MENYESATKAN AKIDAH UMAT ISLAM)
Unsur khurafat dalam buku "Di Alam Kubur" yang menceritakan tentang hantu penanggal. - Tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya.

Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu.

Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri.

Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri.

Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian.



Sumber: FB Cikgu Rahmat
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger