Home » » Anwar Menyokong Israel? Bukti Kekejaman Dan Kejahatan Manusia Durjana

Anwar Menyokong Israel? Bukti Kekejaman Dan Kejahatan Manusia Durjana

Written By LAILANATASHA on Thursday, November 22, 2012 | 12:00 PM



Sebenarnya rakyat Malaysia amat memahami sikap putar belit dan pembohongan melampau Anwar.  Semasa di dalam Kabinet, beliau akur dan patuh kepada pendirian kerajaan namun setelah disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, rakyat mula melihat sikap sebenar atau ‘true colours’ Anwar berkaitan isu Palestin.

Anwar dalam membahaskan usul  tergempar  mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel  turut mengutuk dengan keras perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang lemah lagi tertindas.
Namun begitu kenyataan beliau semasa diinterbiu oleh akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari tahun ini menyerlahkan sebenarnya sokongan  Anwar terhadap Yahudi  dalam konteks konflik Palestin-Israel.
Menurut Anwar , “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.” atau “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel.”


Begitu  juga dengan  kenyataan songsang anaknya, Nurul Izzah yang seolah-olah mengalakkan orang Melayu murtad tidak dapat disangkal, begitu juga kalimat yang diucapkan oleh Anwar tidak mampu dinafikan walaupun sedaya mungkin mahu dijelaskan dengan pelbagai cara.
Sikap talam dua muka Anwar Bin Ibrahim yang  menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi malangnya pada masa yang sama juga mencintai musuh yang membunuh beribu kanak-kanak, wanita, orang tua serta rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak 64 tahun menduduki wilayah tersebut telah terbongkar akhirnya.
Anwar  tidak mahu kehilangan sokongan kawan-kawannya Yahudinya yang berpengaruh di Washington dan London dalam usaha politik untuk menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana golongan Yahudi kaya yang terus membiayai rejim Zionis untuk melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin, inilah sahaja  harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Seluruh kaum di Malaysia terutamanya kaum India amat mengenali sifat munafik Anwar kerana mereka adalah mangsa kemunafikan Anwar dalam isu Kg Buah Pala. Oleh itu, kutukan Anwar terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza semasa perbahasan usul tergempar itu hanyalah usaha untuk menutup sikap munafik beliau yang secara senyap dan terang menyokong Israel dan golongan Zionis-Yahudi.
Beliau pernah menuding jari mengkritik hebat tindakan kerajaan mengupah firma komunikasi APCO dan mengaitkan syarikat itu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Israel dan Amerika Syarikat tetapi lupa bahawa beliau sentiasa di dalam dakapan pemimpin Yahudi ketika berada di luar negara.
Siapakah yang ditemui oleh Anwar setiap kali beliau bertandang ke Amerika Syarikat jika tidak pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah beliau kenali dengan rapat semasa berada di dalam kerajaan lagi?
Kita sebagai rakyat Malaysia jangan biarkan Anwar terus menipu tanpa henti.  Kuburkan pakatan haram di PRU13 akan datang.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger