Program Himpunan Barisan 1Malaysia bakal mencipta sejarah tersendiri dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) terbesar. Seramai 2,348 NGO telah dikumpul oleh seketeriat dan ia merupakan jemputan terbanyak setakat ini. sebanyak 40 peratus adalah golongan belia, 60 peratus pula melibatkan pelbagai bidang termasuk agama, sosial, kerjaya, ekonomi serta jawatankuasa penduduk. Beberapa tokoh akan hadir turut membincangkan pelbagai topik antaranya, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, (Masa Depan Agama & Pembangunan Keluarga), Prof Dr. Sivamurugam Pandian (Masa Depan Hubungan Kaum & Perpaduan), Prof Datuk Sri Dr. Zaleha Kamaruddin (Masa Depan Pendidikan Negara), Tan Sri Lee Lam Thye (Masa Depan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara), Dr. Chandra Muzaffar (Masa Depan Sosio Ekonomi Negara).
Sekitar Himpunan Barisan 1Malaysia
Turut diadakan kutipan derma untuk meringankan beban rakyat Palestin di Gaza. Kumpulan Nasyid tersohor tanahair, Rabbani turut diundang membuat persembahan. Himpunan Barisan 1Malaysia ini membawa tajuk, "Untuk Masa Depan Rakyat". Ia akan diadakan pada 24 November ini di PWTC bermula jam 8.00 pagi hingga 1.45 petang.
Post a Comment