Home » » DAP Rampas Harta Rakyat Selangor Lagi?

DAP Rampas Harta Rakyat Selangor Lagi?

Written By LAILANATASHA on Wednesday, November 21, 2012 | 4:13 PM


Sesungguhnya kita amat sedar akan agenda DAP di tanah Selangor ini.  Selain daripada menukar tanah Selangor kepada tanah hak milik Kristian, DAP yang amat bimbangkan pada kekalahan yang bakal tiba di PRU13 nanti telah membuat persiapan yang cukup terperinci bagi memastikan kuasa mutlak ekonomi Selangor  terus berada ditangan kaum DAP. Menyedari bahawa  syarikat Worldwide Holdings Bhd merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti teras iaitu pembangunan dan pengurusan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan merupakan lubuk emas yang mereka tidak mampu lepaskan maka pemimpin DAP cuba menjalankan penipuan dan silap mata bagi menguasai syarikat ini.
Pembongkaran dalam bentuk  video di sidang media oleh  DS Noh Omar tentang perancangan terbaru pentadbiran Khalid Gagap. Dokumen yang diperolehi sudah cukup untuk membuktikan dakwaan bahawa wujud unsur-unsur conflict of intrest di dalam pengurusan PKNS itu sendiri.


Selepas mendedahkan tentang usaha Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mahu memindah hak milik aset komersialnya, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa sebuah lagi anak syarikat dikatakan merancang menjual sebahagian pegangannya bernilai RM150 juta.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa syarikat Worldwide Holdings Bhd. yang dimiliki PKNS itu dikatakan mahu menjual pegangannya itu kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.
Katanya, syarikat berkenaan yang ditubuhkan pada 21 Mac 2012 dengan modal berbayar RM100,000 mempunyai dua orang pemegang saham dan pengarah terdiri daripada orang yang sama.
”Berdasarkan carian kita dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati dua pengarah syarikat itu telah ditukarkan kepada pegawai-pegawai PKNS pada 22 Mei lalu.
”Namun dua orang bukan bumiputera tersebut masih kekal sebagai pemegang saham. Jadi apa yang kita persoalkan sekarang apakah motifnya pegangan syer dalam Worldwide yang bernilai RM150 juta dijual kepada sebuah syarikat bukan bumiputera?”
Worldwide Holdings merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti teras iaitu pembangunan dan pengurusan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.
Sayap ekonomi PKNS tersebut dikatakan menguruskan aset mencecah hingga RM1 bilion.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berjaya memerintah, mereka memiliki sejumlah harta yang banyak hasil tinggalan kerajaan BN dahulu.
Namun, beliau kesal apabila satu persatu harta yang dimiliki oleh kerajaan negeri mahu dijual dan dipindahkan sebagaimana yang disaksikan dalam isu membabitkan aset-aset komersial PKNS.
”Kami menjangkakan mungkin mereka cuba memindahkan aset-aset berkenaan satu persatu setelah usaha awal sebelum ini dilihat terbantut ekoran pendedahan yang kita buat dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat penafian baru-baru ini bahawa harta tersebut tidak dijual,” katanya.
Noh menyatakan kebimbangannya apabila sejak akhir-akhir ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 menjelang hampir, semakin banyak transaksi cuba dilakukan.
”Adakah tindakan tersebut untuk menjana dana politik?” katanya.
DS Noh Omar sekali lagi mendedahkan perancangan kerajaan penyamun tarbus pimpinan Khalid Gagap mahu menjual saham di dalam anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holding dengan nilai RM150juta. Mengikut maklumat daripada laman web Worldwide Holding mereka ketika ini menguruskan aset-aset bernilai RM 1 billion. Klik Sini


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger