"Ya, saya memang menipu tentang bas mewah" Khalid Ibrahim. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai bagi menggambarkan sikap Kahlid Ibrahim yang suka berdolak dalik berhubung pembelian bas mewah bagi tujuan kempen pilihan raya.
Isu pembelian bas mewah menjadi panas apabila kerajaan Selangor enggan mendedahkan maklumat terperinci kos bas tersebut. Beliau juga dikatakan menggunakan duit rakyat Selangor.
Bagi mengurangkan sedikit ketegangan, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan kononnya bas tersebut adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan. Namun masih lagi merahsiakan harga sebenar dan cara pembayaran bulanannya.
Rasa tidak puas hati tentang isu bas tersebut terus dibangkit lagi dalam sidang DUN pada 19 Nov 2012 oleh Datuk Mohd Satim Diman. Kali ini Khalid Ibrahim tidak mampu menyembunyikan fakta, secara rasmi mengakui dan mendedahkan lebih terperinci bahawa memang beliau yang membeli bas tersebut yang digunakan untuk kempen PRU. Bas tersebut didaftarkan atas namanya dan JPJ yang mengeluarkan lesennya.
Harga bas : RM 650,000.00
Ansuran bulanan : RM 10,833.00 (selama 60 bulan)
No Pendaftaran : BLU 8779
No enjin : M61HA800001
Pembuat : Dong Feng, China
Tarikh daftar : 3/9/12
Itu baru satu isu. Bagaimana dengan isu-isu yang lain seperti air dan pembelian 50 kompaktor misalnya. Adakah kerajaan pimpinan Khalid masih menggunakan modus operandi yang sama - (BTM:buat, tipu dan mengaku).
Namun, walau apa pun yang dilakukan oleh PKR, penyokong tegar mereka tetap memaafkan penipuan tersebut. Mereka akan beranggapan bahawa manusia mana tak buat silap. Sikap penerimaan terhadap penipuan demi penipuan inilah yang menjadi lesen besar kepada PKR untuk terus menipu rakyat demi legasi politik mereka.
Selagi ada penyokong yang tak celik akal, selagi itulah mereka mampu membohongi rakyat.
Post a Comment