Home » » Umno Parti Murtad & Nik Aziz Setuju Doakan Kehancuran UMNO BN

Umno Parti Murtad & Nik Aziz Setuju Doakan Kehancuran UMNO BN

Written By LAILANATASHA on Monday, November 19, 2012 | 6:34 PM




Terdesak, mengejar masa dan strategi terakhir pakatan haram adalah lumpuhkan kekuatan BN melalui hancurkan UMNO atau menanamkan kecelaruan Melayu melalui penyebaran "fatwa" songsang. Kononnya hanya parti Melayu pas saja yang Islam dan Allah terima.

Kenyataan terbaru Nik Aziz, Mursyidul Am pas yang mempunyai kepakaran luar biasa dan mempunyai kedudukan paling tinggi dalam struktur parti pas, UMNO sebuah parti yang MURTAD dan menyamai pengikut Nabi Noh as dan wajar didoakan kehancurannya.

NIk Aziz juga meletakkan persoalan apakah UMNO sebagai sebuah parti yang berpenganut kristian atau budha atau tidak mempunyai agama. Seolah-olah Nik ziz meminta seluruh ahli pas doakan kehancuran kepada pengamal kepercayaan Kristian dan Buddha. Lupakah Nik aziz, sahabat baik dari pakatan haram itu majoritinya Kristian ?

Modal politik pas dilihat seperti barang "recycle", ulang semula apa yang mereka perjuangkan, kalau dulu Hadi Awang gunakan perang psikologi dengan mengeluarkan Amanat sesat beliau, kini amanat nik aziz umpama siaran ulangan membakar semangat jihad sesat ahli mereka yang amat taksub, seolah-olah perjuangan parti mereka adalah agama.

Ada pemerhati politik berpendapat, Nik Aziz adalah jenis manusia yang pantang ahli keluarganya diserang. Kalau diperhatikan, beliau akan mula gelabah dan mudah melenting bila anak pinak beliau dikritik. 

Dulu menantu beliau, Ariffahmi dikritik hebat kerana Nik Aziz melantik beliau sebagai CEO Perbadanan anak syarikat milik Kerajaan Negeri, ketika itu sifat menyinga Nik Aziz mula terserlah. Anak beliau juga menerima tekanan yang sama, Nik Abduh terpaksa meletak jawatan sebagai Ahli Majlis kerana desakan rakyat yang mula tahu ada ketirisan yang serius dalam pentadbiran Nik Aziz. Lagi sekali Nik Aziz menunjukkan sikap panas barannya.

Kini adik beliau, Nik Razi yang ditugaskan menjadi Imam Solat Hajat dalam stadium serta mengimami doa dan telah membuat satu kesilapan besar mendoakan kehancuran UMNO BN atau doa menghancurkan sesama Islam telah dikritik oleh seluruh ummat Islam Malaysia seolah-olah pas sudah kehabisan modal politik dan ingin mengalihkan pandangan rakyat terhadap kegagalan beliau sebagai Menteri Besar.

Majoriti rakyat Malaysia sudah tahu, kalau dulu beliau sendiri yang doakan agar Perdana Menteri dikenakan bala buncit perut, jadi tidak hairanlah kalau darah daging yang sama mendoakan kecelakaan kepada ISlam yang lain.

solat hajat minta royalti minyak

solat hajat penamaan calon di Sarawak

solat hajat minta hujan

solat hajat minta hujan di buat dalam dewan

NONE
haji hadi jadi imam solat hajat selamatkan anwar

Kalau diperhatikan, manakah solat hajat atau doa khas untuk kesejahteraan UMMAT ISLAM di Malaysia atau di dunia amnya ?

Semua solat hajat pas adalah untuk selamatkan politik mereka, nauzubillah !

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger