Home » » PAKATAN HARAM MENIPU IBU TUNGGAL!! LAGI MANIFESTO PENIPU

PAKATAN HARAM MENIPU IBU TUNGGAL!! LAGI MANIFESTO PENIPU

Written By LAILANATASHA on Monday, November 19, 2012 | 6:29 PM


Manifesto pakatan haram PRU12 yang lepas terbukti lagi merupakan agenda wawasan palsu pembangkang.  Khalid Ibrahim sendiri sudah mengakui bahawa segala manifesto pakatan haram merupakan janji palsu. Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling menuntut Kerajaan pakatan haram Selangor untuk menunaikan janji manifesto iaitu memberikan elaun bulanan kepada ibu tunggal.  Lebih 10,000 orang wanita berstatus ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor kerana gagal melunaskan pemberian elaun untuk golongan itu yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Ibu tunggal tuntut janji PRU12

Senarai nama 400 ibu tunggal selepas Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu telah dihantar kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selayang Baru pada 2008. Baru para ibu tunggal yang telah memangkah pakatan haram atas janji palsu pakatan haram baru sedar bahawa tiada sebarang maklum balas tentang status elaun itu sedangkan kebanyakan ibu tunggal berharap supaya ia dilaksanakan untuk meringankan beban.

Pakatan haram telah mengkategorikan  lima  semasa pilihan raya lalu meliputi urus tadbir, sosial dan kebajikan, kesihatan, ekonomi dan keselamatan rakyat. Namun begitu  janji yang dibuat tidak ditunaikan dan ada antaranya walaupun dilaksanakan tetapi tidak sempurna seperti isu air yang tidak diberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat. Tambahan pula, isu elaun RM50 kepada anak-anak yang memasuki tadika juga tidak ditunaikan sepenuhnya  apabila hanya 130 orang sahaja menerima manfaat itu.

Maka dengan ini kami menyeru semua ibu tunggal yang telah memangkah pakatan haram di PRU12 yang lepas pastikan pakatan haram ini tersungkur di bumi Selangor ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger