Home » » AIR PAKATAN!! KELANTAN TUNGGU LAGI 17TAHUN SELANGOR LAGI 100TAHUN

AIR PAKATAN!! KELANTAN TUNGGU LAGI 17TAHUN SELANGOR LAGI 100TAHUN

Written By LAILANATASHA on Friday, January 4, 2013 | 10:10 AM


AIR TIPU


Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun untuk menyelesaikan isu air di Selangor sebagai angkuh dan mementingkan diri. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid dilihat menganggapnya sebagai satu mainan politik untuk mengekalkan kuasa Pakatan rakyat (PR) menjelang pilihan raya umun ke 13 (PRU13). GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang dijanjikan oleh PR kepada rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya lalu tetapi Abdul Khalid tetap mengatakan ia bukan janji yang perlu dilunaskan, Sebanyak 6,000 saman telah difailkan rakyat Selangor yang mahu menuntut janji-janji pakatan rakyat yang masih belum dilaksanakan.
Kerajaan Negeri masih berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi sedangkan GPRS telah membuat pendedahan mengenai kekurangan sumber air terawat terutama di beberapa kawasan akibat pertambahan penduduk. Rakyat perlu mengambil iktibar daripada kenyataan yang dikeluarkan PR yang hanya melaungkan janji palsu semata-mata ingin menang pada pilihan raya dan bukannya mahu memperjuangkan nasib bersama.

Khalid merupakan pemimpin yang ‘singkat akal’ kerana sering mengeluartkan kenyataan-kenyataan sempit dan mengelirukan semata-mata mahu menghalalkan keputusan bodoh yang dibuat oleh beliau dan exco kerajaan negeri. Daripada kenyataan itu rakyat perlu sedar bahawa kerajaan negeri sekarang langsung tidak boleh dipercayai dan tidak perlu dipilih lagi pada pilihan raya umum akan datang kerana semua janji yang dilaungkan hanya janji palsu semata-mata.
Abdul Khalid dan barisan exco  pakatan haram yang dilantik hanya ‘tahu bercakap tetapi tidak tahu membuat kerja’ kerana rakyat memerlukan bekalan air air terawatt, bukannya air mentah. Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada loji-loji rawatan sedia ada. Beberapa empangan di Selangor mengalami penyusutan air sebanyak 40 peratus dan memberi implikasi kepada pengguna di Lembah Klang. Namun Khalid langsung tidak mencari penyelesaian jangka panjang sebaliknya memberi kenyataan retorik mengatakan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan teknologi membrane untuk membenihkan awan, kerana cadangan itu hanya sesuai untuk mengatasi masalah jerebu.
Kerajaan Pusat bercadang untuk membina Loji Langat 2 dengan membawa bekalan air mentah dari Pahang untuk mengatasi krisis air 2015  namun projek ini mendapat tentangan daripada kerajaan negeri pimpinan Selangor yang melaungkan konsep Negeri Berkebajikan itu. Mereka langsung tidak memikirkan implikasi lebih besar terhadap pengguna sebaliknya lebih ghairah untuk menguasai kepentingan dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang sebelum ini terbukti menjalankan tugas dengan baik dalam menyediakan perkhidmatan air kepada rakyat.
Kebodohan Khalid terserlah bilamana mahu membawa air dari Tasik Kenyir sedangkan kosnya jauh lebih tinggi berbanding membawa air dari Pahang, mereka juga enggan untuk berbincang dengan kerajaan Pusat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Jelas di sini bahwa Khalid mahu satu ”perang politik” di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air ini berterusan. Ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air maka “gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah”, iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan. Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Pakatan haram sememangnya tidak mampu mentadbir mana-mana negeri pun. Selangor sebuah negeri yang maju pada zaman pemerintahan BN telah tunggang langgang dikerjakan oleh pemimpin pakatan haram. Oleh itu rakyat Selangor pastikan anda mengundi Barisan Nasional di PRU13 yang akan datang
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger