Home » » AMANAT HADI!! HANCURKAN UMAT ISLAM DARI DALAM

AMANAT HADI!! HANCURKAN UMAT ISLAM DARI DALAM

Written By LAILANATASHA on Wednesday, January 9, 2013 | 11:19 AM

hadi sesat
Sudah banyak kerosakan dan kemusnahan yang dibawa oleh PAS dalam kehidupan rakyat Malaysia.  Agama Islam yang begitu mulia telah diputarbelitkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin PAS untuk menanam api kebencian dan keganasan terhadap kerajaan Malaysia. Kononnya atas nama jihad mereka bertindak ganas walhal sebenarnya atas nama kerakusan para pemimpin PAS telah mempengaruhi umat Islam bertindak diluar batasan kemanusiaan. Pemimpin PAS seperti Nik Aziz, Hadi dan Mat Sabu tanpa segan silu mencipta agama yang kononnya tersangat Islamic sedangkan mereka telah menyebarkan agama PAS yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Sunnah Nabi yang sentiasa menggalakkan sikap bersederhana dan melarang sikap ekstrem seperti enggan dituruti para pemimpin PAS. Maka dengan sebab itu jugalah Nik Aziz begitu bersungguh menyebarkan ajaran sesatnya bahawa kelahiran Nabi Muhammad adalah seperti kelahiran mamat-mamat yang lain. Begitu juga dengan tuduhan NikAziz bahawa Allah s.w.t itu samseng.
Ajaran ekstrem PAS telah mencetus  terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang[1] dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’. Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China. Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim SiongBalingKedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.
    

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas
Baru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.
Ibrahim Libya pada mulanya seorang yg baik. Beliau mulai ‘rosak’ setelah menyertai Pas pada tahun 1978. Beliau bersekolah pondok di Baling, kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas. Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri, Kelantan. Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya. Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah JPM. Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah. Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas.
Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu, maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya. Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yg ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali, dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat. Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.
Berbalik kepada kisah Memali, selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas. Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984, bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-beramai. Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yg ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.
Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali ke rumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku di mana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang didalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.
Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yg diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama. Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yg mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.
Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19 November 1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.
Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Di mana pemimpin Pas pada masa itu? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka? mustahil! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.
Diringkaskan cerita, setelah seharian ‘peperangan’ antara polis dan penduduk kampung yg ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah… Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yg ditahan di bawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang, malah ada yg jadi Senator sekarang ini.
Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab, sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka. Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu ‘pelaburan’berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.
Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada dikalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah swt dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.
Jika kita lihat kembali apa yg berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi selalunya juak-juak pecacai ini tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik. Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.
Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yg anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk. Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah, Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.
Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari itu berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak, mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yg beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yg sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah, semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan.

Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali ‘diratah’ pihak lain.
Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.
Zainon yang bertanggungjawab menghasilkan buku Air Mata di Bumi Memali mendakwa, wujud penyelewengan dalam Tabung Memali sehingga harta jutaan ringgit hasil derma ahli Pas dan rakyat Malaysia yang bersimpati dengan tragedi Memali pada 1985 hilang entah ke mana.
“Jangan pula lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu penyelewengan Tabung Memali ini pun isu basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.
“Tapi ke mana hilang semua harta balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali ini? Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diberi kepada balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali.
“Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali, Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa Pas tidak siasat,” katanya dalam majlis taklimat kepada sekumpulan anak muda, di sini malam tadi.
Anak-anak muda tersebut terdiri daripada mereka yang menghubungi Zainon dan mengunjungi Kampung Memali di Kedah bagi mengetahui kisah sebenar berhubung isu dakwaan berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali.
Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta membantu kos sara hidup mangsa Memali.
Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu lidah rasmi parti tersebut Harakah; Pejabat Pas Pusat; Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali.
Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas kemudian diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak- anak yatim dan hampir 150 mangsa Memali.
Sementara itu, ditanya mengapa beliau tampil mendedah dan mendesak kepimpinan Pas menyiasat penyelewengan tersebut, Zainon berkata, sudah cukup beliau menyaksikan penderitaan mangsa Memali yang dibiarkan sedangkan ‘harta’ mereka berjuta-juta ringgit.
“Ada seorang balu yang meninggal tiga hari sebelum Aidilfitri dalam keadaan cukup daif. Arwah meninggal dunia atas tikar mengkuang buruk dengan kaki bernanah dan berdarah akibat kencing manis tetapi mana pemimpin-pemimpin Pas? Mana harta mereka ini?.
“Saya tampil hari ini kerana saya yang menguruskan balu dan anak-anak yatim ini, sedangkan pemimpin Pas yang lebih faham soal halal haram memakan harta anak yatim membiarkan mereka ini tanpa sebarang perhatian malah menekan kami,” katanya.
Rakyat harus sedar bahawa PAS merupakan parti yang merosakkan perpaduan dengan membawa jenama keganasan untuk rakyat Malaysia. Maka wajib dan jihad untuk kita menolak PAS dengan segala segenap upaya kita.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger