Home » » PAS JUAL AGAMA UNTUK KUASA

PAS JUAL AGAMA UNTUK KUASA

Written By LAILANATASHA on Wednesday, January 9, 2013 | 12:01 PM




DAP didakwa akan mencetak 100 ribu naskah Bible versi bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allahn dan mengedarkannya secara percuma di Kedah serta Kelantan. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Fuad Zarkashi mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber sahih tetapi enggan mendedahkannya.

Berikutan itu beliau meminta DAP menyatakan motif tindakan itu jika benar. Adakah DAP kini sudah terikut-ikut cara PAS yang mempolitikkan agama untuk mendapatkan undi Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau juga mempersoalkan pendirian Nik Aziz dan Azizan Razak sama ada mereka setuju dengan tindakan DAP mahu mengedarkan Bible tersebut yang menggunakan kalimah Allah di kedua-dua negeri itu.

Beliau juga yakin bahawa PAS tidak akan halang atau bantah tindakan ini kerana PAS sendiri adalah parti yang memperalatkan agama untuk meraih undi, malah baru-baru ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan tidak akan menghalang penggunaan kalimah Allah dalam bible.

Bulan lalu Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas, menuntut kerajaan membenarkan penganut agama kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible versi bahasa Melayu.

Bagaimanapun cadangannya menerima teguran dan kritikan tokoh agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang turut mengingatkan Guan Eng supaya jangan melakukan provokasi sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Berhubung percanggahan pendapat di kalangan pemimpin PAS mengenai isu penggunaan kalimah Allah, Fuad berkata beliau yakin akan berlaku gelombang kebangkitan dalam parti itu yang mewujudkan dua aliran pemikiran

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger