Stadium Merdeka merupakan stadium sukan di Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) mulai bulan Julai 1956. Pada 15 Februari 1957, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka. Stadium ini mempunyai kemudahan dan kelengkapan sukan yang setanding dengan stadium-stadium antarabangsa di negara-negara lain ketika itu dan mempunyai tempat duduk bagi 22,000 orang, dan 3,000 darinya terletak di bawah bumbung ketika dibuka. Kini stadium ini mampu menampung sehingga 45,000 orang penonton.
Pada 2007, Stadium Merdeka mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti yang pada 1957. Stadium ini dengan kapasiti sebanyak 45000 tempat duduk akan dikurangkan kepada 20000 tempat duduk, yang bermaksud bahawa beberapa blok-blok teres atas dibina sejak bertahun-tahun akan dirobohkan. Pekerja memulakan kerja merombak bumbung ke tempat duduk VI. Pengubahsuaian ini adalah bahagian rancangan ulang tahun Malaysia ke-50 untuk menghidupkan semula masa tersebut apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di sini.
Post a Comment