Home » » KALIMAH ALLAH!! AUTA PAS TERBONGKAR , NIK AZIZ MALU KUCING, HADI MALU BIAWAK

KALIMAH ALLAH!! AUTA PAS TERBONGKAR , NIK AZIZ MALU KUCING, HADI MALU BIAWAK

Written By LAILANATASHA on Wednesday, January 16, 2013 | 11:37 AM


alkitab
Hakikat bahawa PAS merupakan sebuah parti politik adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal.  Adakah PAS ini mempertahankan Islam atau menjahanamkan Islam?  Yang ini kita boleh jawab. Dari awal penubuhan PAS lagi  tujuan mereka berputik dari rasa kecewa kerana tidak diberi jawatan.  Demi menutup aib kerana ketamakan mereka maka mereka mencipta motif yang kononnya bagus sangat iaitu mempertahankan Islam yang sememangnya telah UMNO pelihara dengan sebaik mungkin.


Umum harus sedar betapa kaki putarbelitnya pemimpin PAS seperti Nik Aziz dan Hj Hadi. Apabila kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu maka  demi politik mereka sanggup memutarbelitkan fakta sebagai contoh  Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.  Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya. “Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam,” katanya


Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya cuba menjelaskan kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.  Ini adalah kerana Majlis Syura Ulama PAS telah  memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam berikutan kemarahan masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam terhadap pendirian asal Nik Aziz dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong saranan DAP itu. Tindakan Pas mengubah pendirian dan akhirnya akur dengan menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam dan tidak boleh diguna agama lain membuktikan mereka jahil dalam agama. Pengasas Pondok An-Najmiyah di Pengkalan Kubur, Kelantan, Abdullah Samah berkata, tindakan itu juga membuktikan parti pembangkang itu kurang ilmu agama dan tidak layak menjadi pemimpin. PAS yang nak membenarkan penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) dan kemudian kembali rujuk (ubah pendirian), membuktikan kepada kita mereka (PAS) ini jahil dalam agama, bagaimana mereka nak tegakkan Islam? Segala-galanya terbukti mereka ini celaru, (ilmu) politik tak cukup, (ilmu) agama tak cukup.

Bagi menutup malu maka Majlis Syura Pas menegaskan pendirian yang dibuat pihaknya  berhubung kalimah ALLAH kononnya selari dan selaras dengan kenyataan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. Seperti biasa UMNO tetap dipersalahkan walaupun terang dan nyata ianya adalah kejahatan yang PAS lakukan. “Majlis Ulama Pas berharap isu kalimah ALLAH ini ditangani dengan baik oleh kerajaan kerana urusan penterjemahkan buku-buku dan kitab Injil ini adalah urusan Kementerian Dalam Negeri. “Seharusnya Kementerian Dalam Negeri mengambil penegasan dalam perkara ini dan jangan sesekali menuding jari kepada orang lain kerana perkara ini berada dalam bidang kuasa kementerian berkenaan,” . Belitan ular-ular didalam PAS melalui  Majlis Syura memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH, kata kenyataan dikeluarkan Majlis Syura. “Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. “Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah,” kata Nik Aziz dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan rasmi Majlis Syura.


“Umno  tidak pernah  setuju kalimah Allah ini diberi peluang kepada kafir lebih-lebih lagi diguna dalam Bible kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk mempersendakan Allah. “Sesiapa syirik dengan Allah maka haram baginya masuk syurga. Kita kena mempertahankan, jangan benarkan kafir tindas agama Islam. Dengan kuasa Allah yang Maha Esa maka kebenaran Allah tunjukkan juga.  Sesungguhnya UMNO sahaja yang mampu memelihara kesucian dan maruah Islam di negara Malaysia yang tercinta.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger