Home » » Live Update HKR112 !! UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN

Live Update HKR112 !! UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN

Written By LAILANATASHA on Friday, January 11, 2013 | 3:42 PM

 

UNDANG-UNDANG DAN ANDA #KL112: Tanggungjawab Peserta
Peruntukan Sek 7 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) (Akta 736), menggariskan tanggungjawab peserta yang menghadiri perhimpunan seperti berikut:
1. Mengelakkan daripada menggendalikan atau menghalang mana-mana perhimpunan
2. Tidak berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata kesat terhadap mana-mana individu.
3. Tidak melakukan apa-apa perbuatan atau mengeluarkan kernyataan yang berbaur hasutan, bermusuhan dan mengganggu ketenangan orang awam.
4. Mematuhi semua undang-undang bertulis .
5. Tidak menyebabkan kerosakan kepada harta.
6. Mematuhi arahan yang diberikan oleh polis, penganjur , orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.



UNDANG-UNDANG DAN ANDA #KL112: Tanggungjawab Penganjur
Menurut peruntukan Sek 6 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) (Akta 736), penganjur adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti berikut:
1. Memastikan sesuatu perhimpunan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 dan mana-mana undang-undang bertulis.
2. Memastikan penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar APA , undang-undang bertulis yang lain atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut.
3. Memastikan penganjur atau mana-mana orang menyertai perhimpunan tidak melakukan perbuatan atau mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan di kalangan orang awam serta mengganggu ketenangan orang awam.
4. Memastikan penganjur atau peserta perhimpunan tidak melakukan kesalahan di bawah undang-undang bertulis.
5. Memastikan penganjuran dan pengendalian perhimpunan mengikut pemberitahuan perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan seksyen 15 APA.
6. Melantik beberapa orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.
7. Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.
8. Memastikan perhimpunan tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta dan alam sekitar.
9. Memastikan perhimpunan tidak akan menyebabkan kesusahan kepada orang awam.
10. Memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.
11. Dalam perhimpunan serentak atau perhimpunan balas, memastikan penganjuran perhimpunan tidak menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.
 UNDANG-UNDANG DAN ANDA ##KL112: Tanggungjawab PolisMenurut peruntukan Sek 8 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) (Akta 736), seseorang pegawai polis boleh mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu untuk memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur mengikut APA dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger