Home » » PAS DAN PKR AKUR SANGGUP SANGGUP TANGGUNG DOSA SYIRIK AKIBAT KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH?

PAS DAN PKR AKUR SANGGUP SANGGUP TANGGUNG DOSA SYIRIK AKIBAT KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH?

Written By LAILANATASHA on Thursday, January 10, 2013 | 4:18 PM





Allah ,(Bahasa Arabالله‎ AllāhIPA: [ʔalˤːɑːh]  (Speaker Icon.svg dengar)), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Perkataan Allah berasal dari gabungan Al ilah Ilah bererti Tuhan maka Al dengan Ilah hasilkan perkataan Allah bermaksud Tuhan yang satu. Kata Allah adalah kata ganti nama khas yang khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya.

kristian kalimah allah
Tritunggal merupakan doktrin dasar agama Kristian mengenai tiga peribadi asas Tuhan. Peribadi tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Kudus. Kesimpulannya doktrin ini menyatakan bahawa Tuhan itu berupa tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan seterusnya Tuhan Roh Kudus. Ketiga-tiga peribadi ini membentuk satu Tuhan yang Esa.
Berbalik kita kepada perjuangan pakatan haram yang cukup sial apabila bersungguh-sungguh memperjuangkan agar kalimah Allah ini diguna pakai oleh penganut Kristian. Makanya Hadi Awang bersama Anwar Ibrahim dan mat Sabu tidak menoleh kebelakang lagi apabila membuat keputusan yang bukan sekadar menyokong tetapi memperjuangkan agar kalimah suci Allah ini dilacurkan dijalangkan dan disundalkan kepada DAP laknatullah. Konsep ketuhanan yang jauh berbeza bagai langit dengan bumi antara Islam dan Kristian langsung tidak diendahkan.

Makanya kita harus berbalik kepada persoalan asalnya iaitu apakah niat disebalik perjuangan kalimah Allah untuk Kristian oleh PAS dan PKR atau lebih tepat lagi oleh Anwar Ibrahim, Hadi Awang Dan Nik Aziz. Adakahniat mereka begitu tulus suci murni atau niat mereka begitu jijik jahat dan busuk? Seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras akan dapat meneka dengan tepat akan kejahatan PAS dan PKR dalam melacurkan nama Allah s.w.t  dan Islam yang maha suci. Tetapi bagi mereka yang buta hati yang Allah telah tutup  hijab kebenaran akan mengiakan tindakan maha jahat Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Nik Aziz ini.

Belum lagi reda isu amanat Hadi awang yang memecahbelahkan menghancurkan dan membawa kesengsaraan twrhadap umat islam yang telah diperbodohkan oleh PAS, Hadi dengan angkuh mencipta lagi satu isu untuk terus menghanyutkan dan melemahkan umat Islam secara berterusan dan total.

 
Dengan keputusan rasmi Pakatan  yang memutuskan untuk membenarkan kalimah Allahdigunakan kepada penganut Kristian, apakah fatwa Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din pada tahun 2010 juga terpakai untuk PAS. Haron Din pada tahun 2010 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermaksud, “Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal,” Haron berkata sepatutnya perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam. “Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah. “Soalan yang saya nak tujukan kepada orang yang merasakan bebas berfikir, bebas bersuara, bebas menyokong apa sahaja..kalau kita sokong..sokong maknanya bersetuju, sokong juga maknanya menolong..,” katanya. Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong menolong, iaitu tolong menolong ke arah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa. “Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ? “Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar,” katanya. Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini, semuanya terhapus. “Mahukah perkara syirik seperti ini, kita terlibat ? Nauzubillah. Jadi saya tak nampak kalau orang Islam yang faham ini, dia nak buat perkara syirik,” tegasnya.


Manakala kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah selagi ia tidak berbentuk penghinaan.Sedangkan tiada jaminan bahawa penggunaan kalimah itu tidak akan disalahgunakan lantaran ia akan membuka ruang kemudaratan terhadap agama Islam. “Siapa yang akan jamin bahawa orang-orang bukan Islam tiada yang nak salah guna. Sebagai contoh, kita lihat kupasan oleh Datuk Haron Din umpamanya, beliau ialah Timbalan Mursyidul Am PAS. Tapi dalam perkara ini, beliau tegas bahawasanya kita lihat dari konteks dalil dan sunnah, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. “Beliau guna contoh yang mudah. Kalau kita izinkan mereka menggunakan kalimah Allah, apa yang akan menghalang sebahagian daripada mereka, atas salib itu ada nama Allah. Apa yang menghalang mereka meletak nama Allah dalam gereja mereka, sepertimana yang berlaku di Indonesia. “Kita sebenarnya membuka peluang pada kemudaratan yang boleh berlaku. Ulama mengajar kita menutup segala pintu yang membawa kepada kerosakan. Kita kalau telah tahu ada ruang untuk berlaku kemudaratan, maka kita wajib untuk tidak buka peluang itu,”

Namun begitu, Khalid masih berkata kerajaan negeri akur pendirian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah tetapi pada masa sama berpendapat kalimah itu boleh digunakan oleh penganut Kristian. Khalid yang bersetuju dengan pendirian Pakatan Rakyat berkata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam harus dibenarkan selagi ia tidak menghina Islam. Tindakan Khalid yang bercanggah dengan titah Sultan Selangor membayangkan Menteri Besar itu sebagai menderhaka.
Sultan Selangor telah menitahkan kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Febuari 2010. Baginda memberi peringatan itu setelah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Putrajaya membenarkan Bible menggunakan kalimah Allah dalam versi Bahasa Melayu di Semenanjung. Desakan Guan Eng itu mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam walaupun terjemahan itu tidak memenuhi maksud Al-Quran


Demi mempertahankan kesucian agama Islam maka marilah kita sama-sama berjihad hapuskan pakatan haram dari bumi Malaysia yang tercinta ini.  Pastikan Barisan Nasional menang besar dalam PRU13 yang bakal tiba dalam masa terdekat ini.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger