Home » » “Are You Ready For BN, Laungan “Yes For BN” Gegarkan Konsert Psy Gangnam

“Are You Ready For BN, Laungan “Yes For BN” Gegarkan Konsert Psy Gangnam

Written By LAILANATASHA on Thursday, February 14, 2013 | 8:00 AM



 http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2Ipbt4ju-dc
Sikap kurang ajar dan biadap DAP terserlah semasa psy gangnam sambutan CNY di penang baru-baru ini.  Dap mengarahkan penyokongnya yang hanya beberapa kerat itu dengan memakai baju Bersih kononnya sebagai tanda protes kehadiran Najib. Walhal hati terkinja-kinja hendak menyaksikan persembahan Psy. Namun arahan Guan Eng mengatasi segalanya.
Sekumpulan kecil yang terdiri sekitar 10 orang ini telah mengatur rancangan dengan rapi untuk memalukan Najib dan BN. Mereka telah datang awal untuk mengambil tempat yang paling depan dengan seorang jurukamera yang bersedia di belakang kumpulan kecil itu.  
Sebaik sahaja laungan 'Are you ready for BN', kumpulan upahan Dap akan menyambut dengan 'no'. Ini bagi menggambarkan seolah-olah semua pengunjung yang hadir bakal menolak BN. Kononnya kehadiran mereka bukannya hendak menantikan PM tetapi lebih kepada menyaksikan persembahan Psy.
Rakyat Pulau Pinang majoritinya sudah muak dengan permainan politik Dap yang lebih memenangkan kaum keluarga sendiri berbanding sikap perihatinnya kepada rakyat Pulau Pinang. 
Sebenarnya laungan 'no' hanyalah sekelumit suara yang malu dan terpinggir serta layak disampahkan. Laungan 'yes for BN' berjaya mengegarkan tapak konsert. Rakyat Pulau Pinang sudah bersedia untuk memastikan pemerintahan Guan Eng dikuburkan. Mereka malu mempunyai pemimpin 'tokong' yang tak suci. 
Sudah tentu laungan 'yes for BN' akan membuatkan Guan Eng bermimpi ngeri setiap hari. Hari-hari yang dilaluinya dirasakan seperti neraka selagi PRU13 tak selesai. Apa pun helah dan taktik yang akan dilakukan oleh Dap selepas ini, rakyat sudah dapat menjangkakan bahawa itu semua permainan kotor Dap yang tidak puas hati dengan kebangkitan rakyat Pulau Pinang yang bakal menolak pemerintahannya.

Cacai Dap yang merancang onar semasa lawatan PM ke Pulau Pinang
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger