Home » » ANWAR BAYAR PENGGANAS SULU SERANG LAHAD DATU?

ANWAR BAYAR PENGGANAS SULU SERANG LAHAD DATU?

Written By LAILANATASHA on Friday, March 22, 2013 | 10:55 PM



Kita tahu bahawa Kiram III merupakan individu yang daif. Memang menjadi persoalan apabila secara tiba-tiba Kiram III dapat menghantar lebih dari dua ratus orang gerombolan pengganas ke Lahad Datu dengan berbekalkan senjata-senjata canggih seperti “RPG” sejenis senjata anti kereta perisai.
Bukti ditambah lagi apabila seorang lelaki rakyat Filipina pengikut kumpulan pengganas Kiram yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi  mendakwa tindakannya menceroboh Lahad Datu adalah kerana diarah dan dibayar oleh seseorang  pada awal februari lalu .
“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau.
Holland Kalbi yang menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan pengganas turut menyifatkan tindakannya itu sebagai bodoh. Holland yang dipakaikan jaket keselamatan khas berwarna putih dengan tangan bergari, menyatakan demikian ketika memohon dibebaskan dengan jaminan.
Bagaimanapun Hakim P. Ravinthran menjelaskan pengakuan itu tidak direkodkan kerana tertuduh tidak diwakili peguam bela manakala prosiding berkenaan hanya untuk membacakan pertuduhan kepada tertuduh-tertuduh bagi mencatatkan sama ada mereka memahaminya atau tidak.
senjata
Dia dan lima lagi tertuduh, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Lin Mad Salleh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad H Manuel, didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanduo, dalam daerah Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Atik Hussin dan Basad juga masing-masing didakwa dengan satu lagi pertuduhan, iaitu melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Kampung Tanjung Labian dan di Kampung Tanduo, antara 9 Februari dan 3 Mac lalu.  Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Persoalan yang paling penting di sini adalah siapa yang membekalkan senjata dan kewangan pengganas Filipina ini. Mengikut sebuah akhbar Filipina sebelum ini ada menyebut bahawa pembangkang iaitu Anwar merupakan perancang utama dalam pencerobohan pengganas Filipina ke Lahad Datu ini.
Sebagai rakyat Malaysia kita berhak menuntut Anwar ini diadili dan dihukum dengan seberat-beratnya kerana telah mengkhianati negara. Disamping itu juga kita semua rakyat Malaysia memberi pengajaran maksimum kepada Anwar pengkhianat negara dengan menolak seratus peratus pakatan haram dalam PRU13 yang akan datang.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger