Kecekapan Barisan Nasional mentadbir Selangor jauh lebih baik dari pakatan haram seperti langit dan bumi. Rakyat amat jelas dengan corak pemerintahan yang berorientasikan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Segala-gala yang Barisan Nasional lakukan benar-benar demi rakyat untuk rakyat.
Ini amat berbeza dengan pendekatan pakatan haram kerana mereka menabur janji palsu.Segala-gala yang mereka lakukan demi kepentingan kroni DAP dan pakatan haram dan di sinilah bermulanya di mana rakyat telah terpinggir dengan teruknya. Datum Jelatek adalah antara projek untuk mengusir bangsa Melayu dari tanah tumpah darah mereka. Tuan tanah dihalau secara halus.
Barisan Nasional melaksanakan inisiatif berpaksikan rakyat yang merupakan kunci untuk parti itu menawan semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Inisiatif itu memainkan peranan penting bagi BN mendapatkan semula kepercayaan rakyat di Selangor seperti dapat dilihat dengan prinsip ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ yang diamal kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia.
“Kekuatan BN itu kekuatan 1Malaysia melalui ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’. Apa sahaja yang kita dilakukan mesti untuk menawan kembali hati rakyat. Mesejnya jelas … apapun perkara yang dilakukan mesti people-centric initiatives”.
Bagi mendapatkan kepercayaan rakyat mesti ada sifat keprihatinan dan bila berjanji kita tunaikan. Kita tidak mahu menjadi seperti pembangkang cakap setinggi langit tapi tidak mampu tunaikan.
Kerajaan pusat telah banyak berbincang dengan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan masalah dan memberikan kemudahan baharu kepada rakyat di Selangor tetapi kedegilan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sifat pembangkang yang suka mempolitikkan semua isu menjadi batu penghalang ke arah usaha berkenaan.
Isu air sepatutnya dapat diselesaikan dengan (pembinaan) Empangan Langat 2 tetapi Khalid masih berdolak-dalik sehingga menjejaskan kepentingan rakyat Selangor.
BN Selangor akan melancarkan manifesto khas berpaksikan kepentingan rakyat negeri itu. Kita masih dalam proses memurnikan manifesto kita untuk rakyat Selangor bagi memastikan manifesto ini dapat menawan hati rakyat Selangor selain mampu kita laksanakan, bukan seperti pembangkang yang tidak menganggap manifesto sebagai janji kepada rakyat.
BN Selangor juga sedang giat meneliti janji kita kepada rakyat, kita mahu memastikan setiap janji yang kita nyatakan dapat ditunaikan. Selain itu kita juga menyemak keberkesanan program kita bagi memperkukuh usaha kita menawan kembali Selangor.
Rakyat di Selangor telah menunjukkan keyakinan yang amat memberangsangkan kepada usaha BN itu, namun begitu jentera BN jangan lalai dan cepat berpuas hati atau peristiwa pada 2008 berulang kembali
Post a Comment