Home » » LAHAD DATU!! SAMBUTAN HARI POLIS KE-206 IKTIRAF WIRA JAGA KEDAULATAN NEGARA

LAHAD DATU!! SAMBUTAN HARI POLIS KE-206 IKTIRAF WIRA JAGA KEDAULATAN NEGARA

Written By LAILANATASHA on Monday, March 25, 2013 | 3:17 PM



Hari Polis ke 206 akan disambut pada Isnin 25 Mac 2013 akan dirasmikan oleh PM DS Najib . Disamping itu ESSCOM akan diwujudkan demi memastikan kedaulatan negara terus terjamin dari dicerobohi oleh anasir-anasir yang tidak diingini.
Inline image 1
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) esok.
Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu dijangka menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
Kumpulan itu merupakan pasukan barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac dan serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari selepas itu.
Pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, di Kampung Tanduo mengorbankan dua anggota keselamatan manakala enam anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air di Semporna.
Mereka yang terkorban di Kampung Tanduo ialah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, dan Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Sjn Salam Togiran, 42.
Tujuh balu dan seorang waris anggota yang terkorban akan mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.  Pasukan keselamatan telah  menunjukkan kesungguhan, komitmen dan kepahlawanan yang tinggi dalam menangani krisis pencerobohan di Sabah.
Sambutan Hari Polis, yang bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ itu antara lain, akan mengetengahkan revolusi kepolisian negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.
Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisian bertaraf antarabangsa.
Konsep ketiga-tiga era itu akan dipersembahkan dalam perbarisan Hari Polis, merangkumi kelengkapan dan pakaian polis. Turut dipersembahkan pada perbarisan itu ialah pertunjukan pantomin yang akan dipersembahkan mengikut era kepolisian masing-masing.
Pasukan polis buat pertama kalinya akan mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis

Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.
Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan ‘panas’ serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.
Hari Polis disambut setiap tahun pada 24 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger