Home » » Penceroboh Berpengalaman Perang, Mahir Teknik Gerila

Penceroboh Berpengalaman Perang, Mahir Teknik Gerila

Written By LAILANATASHA on Sunday, March 3, 2013 | 3:49 PM





Risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak.

"Kita mempunyai rancangan dan sudah mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.


"Tetapi ia perlu mengambil masa. Kita harus mempunyai perancangan menyeluruh bersama polis bagi menyelesaikan perkara ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger