Home » » Bukti Video: Nik Aziz Hina Rasulullah Dan Islam

Bukti Video: Nik Aziz Hina Rasulullah Dan Islam

Written By LAILANATASHA on Thursday, April 4, 2013 | 11:00 AM



Nik Aziz ini merupakan manusia durjana yang tidak tahu malu dan tidak sedar diri yang pernah kita jumpa. Dia sanggup memutar belitkan kebenaran semata-mata mahu menghalalkan apa sahaja mengikut citarasanya.  Rakyat harus sedar bahawa Nik Aziz ini membawa ajaran agama PAS yang jauh terpesong dari  ajaran  Islam yang sebenarnya.
Mari kita hayati pemesongan fakta yang disampaikan oleh Nik Aziz dalam bentuk transkrip dan video:
“ Rasulullah s.a.w adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri.  Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia dimuka bumi ini tah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di atas muka bumi ini namanya Muhammad  Bin Abdullah s.a.w. Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umurnya 40 tahun. Waktu dia beranuk belum jadi nabi ni ayah dia mak dia Siti Aminah ni pun tak tahu anak dia ni akan dilantik menjadi nabi.  Jadi para hadiran yang mana disebut dalam minggu lepas, kita menyambut maulud nabi maulud nabi ni kerja tak sudah.  Jangan berasa kita menyambut maulud nabi ni selesai . Nabi Muhammad waktu dilahirkan serupa dengan muhamad-muhamad yang lain.  Mat anak kita mat budak kampung kita dengan mat bin Abdullah waktu dia beranak serupa aje. Yang menjadi masalah rapatnya kita ini setelah 40tahun kemudian.  Bila dia menjadi nabi bila turunnya ayat “Iqra’” sampai 30 juzuk dalam masa 30 tahun  quran ini dibagi diagih-agihkan dalam masa 23 tahun  ketika itilah berhubung kait kita dengan Nabi muhammad s.a.w. “
Tuduhan Nik Aziz yang  bahawa Nabi Muhammad dilahirkan seperti mamat-mamat yang lain sahaja. Setelah Allah melihat akhlak yang baik maka Allah lantik baginda sebagai Nabi.  Oleh itu sambutan Maulud Nabi benar-benar membuang masa dan tak berguna.
Rupa-rupanya Nik Aziz ini berguru dengan syaitan selama ini. Sekiranya dia mendapat pendidikan yang benar, dia tidak akan sanggup memesong dan menghina fakta kelahiran Nabi Muhammad  s.a.w. Atau adakah sebenarnya Nik Aziz ada bercita-cita mahu jadi nabi  dengan mengatakan apabila Allah melihat akhlak yang mulia(KONONnya akhlak dia Mulia padahal dah nak masuk kuburpun nak jadi PM) dia mahu dilantik sebagai nabi?
Mari kita sama-sama hayati detik kelahiran Nabi Muhammad s.a.w Penghulu segala nabi:
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Adakah perkara hebat ini berlaku dalam kelahiran mamat-mamat yang lain?  Sesungguhnya Nik Aziz telah membawa ajaran yang sesat yang boleh merosakkan akidah dan keislaman kita. Pemimpin inikah yang kita mahu meneraju negara kita. Berdiri pun tak berapa gagah. Asyik keluar masuk hospital namun nafsu ke Putrajaya masih serakah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger