Home » » PRU13: SPR Menunggu Surat Dewan Rakyat Dan Dewan Undangan Negeri

PRU13: SPR Menunggu Surat Dewan Rakyat Dan Dewan Undangan Negeri

Written By LAILANATASHA on Wednesday, April 3, 2013 | 3:07 PM


Rakyat Malaysia menunggu SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi PRU13. Namun begitu Suruhanjaya Pilihan Raya pula menunggu surat pemakluman daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri-negeri yang dibubarkan sebelum boleh menentukan tarikh mesyuarat khas menetapkan hari penamaan calon dan tarikh pengundian pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berharap surat pemakluman rasmi itu diterima hari ini.
“Kita harap terima surat secepat mungkin dan selepas itu barulah SPR dapat tetapkan tarikh mesyuarat khas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU-13.
bubar1
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelihatan memasuki Istana Alam Shah di sini tepat jam 1.30 tengah hari tadi. Ia disusuli dengan kereta dinaiki Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi. Difahamkan Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berhubung pembubaran Dun Selangor
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin kira-kira pukul 3 petang ini selepas mesyuarat Kabinet negeri. Musa kemudiannya akan membuat sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya sejurus selepas itu bagi memaklumkan mengenai kedudukan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas esok untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Guan Eng berkata, Exco yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk mendapat perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Ahmad bagaimanapun berkata, belum ada tarikh tertentu berhubung pertemuan tersebut memandangkan Sultan Mizan sedang berada di luar negara dan dijangka kembali ke tanah air malam ini. “Saya akan dapatkan tarikh yang bersesuaian untuk menghadap tuanku yang dijangka pulang malam ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
DUN Melaka dibubar pada pukul 1 petang ini selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menandatangani notis pengisytiharan pembubaran daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd, Ali Rustam sebentar tadi. Yang turut hadir ialah Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh. Surat pengisytiharan pembubaran DUN Melaka akan diserahkan oleh Othman kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Haelmy Mohd Hanifah selepas mesyuarat exco.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah belum dapat dibubarkan hari ini kerana beliau terlebih dahulu perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok.
Azizan berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah itu di Istana Negara di Kuala Lumpur mengikut waktu yang ditentukan oleh baginda untuk mendapat perkenan membubarkan DUN “Selepas menghadap baginda, saya akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Bukit pula dan kemudian membubarkan DUN selepas diperkenankan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Azizan berkata, Kedah bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya umum serentak de, ngan Parlimen selepas dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 11.30 pagi ini. Pembubaran DUN itu bermakna pilihan raya bagi 36 kerusi DUN akan diadakan serentak dengan 15 kerusi Parlimen.
Kerajaan Pas Kelantan mengikut jejak langkah kerajaan pusat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pengumuman tersebut selepas Mesyuarat Exco kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi. Beliau bagaimanapun menjelaskan masa untuk mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan ditentukan selepas mesyuarat lajnah politik Pas Kelantan petang ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dekat sini pada pukul 2.30 petang ini. Zambry menghadap baginda bagi membincangkan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi. Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan Zambry akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 5 petang ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger