Home » » DAP MENIPU DALAM CEC PUN TUDUH BN JAHAT

DAP MENIPU DALAM CEC PUN TUDUH BN JAHAT

Written By LAILANATASHA on Saturday, April 20, 2013 | 1:23 AM








Kita berhadapan dengan ahli politik yang berperangai semacam haram jadah. Cakap berbelit-belit, memanipulasi fakta dan hanya mahu mewujudkan kekecohan.

1. Apa yang berlaku hari ini kerana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mangkuk hayun, bodoh dan bangang kerana memanggil mesyuarat tidak mengikut peraturan.


DAP sekali lagi menggunakan alasan ‘masalah teknikal’ sebagai punca 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih ahli Jawatan Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, beliau yang menghubungi ibu pejabat DAP sebelum kongres itu untuk bertanya mengenai hal tersebut telah diberitahu berlaku kesalahan komputer yang menyebabkan surat itu tidak dihantar.

2. Orang Cina perlu sedar bahawa DAP menjadi terlalu berlagak dan bongkak sehingga tidak mempedulikan peraturan parti dan undang-undang negara. Tidak pernah dalam sejarah ada parti boleh mengubah keputusan pemilihan jawatan kuasanya selepas diumumkan secara rasmi.

DAP terperangkap dalam kempen kononnya partinya adalah pelbagai kaum apabila daripada lapan calon Melayu yang turut bertanding tiada seorang pun yang terpilih menganggotai CEC. Malah, undian terbanyak yang diperoleh Senator Ariffin S. M. Omar iaitu 348 undi hanya meletakkan beliau di tangga ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor yang mendapat 327 undi dan berada di tangga ke-38.

Tapi Lim Guan Eng dengan penuh bongkak mengubah keputusan pemilihan atas alasan masalah teknikal. Masalah teknikal hanya timbul selepas masyarakat mengutuk DAP sebagai parti cauvinis Cina kerana tidak ada seorang pun Melayu yang bertanding dipilih. Akhirnya, Guan Eng mengubah keputusan untuk memasukkan seorang Melayu


Kesilapan itu sekali gus ‘mengembalikan’ wakil Melayu ke dalam CEC. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Zairil Abdullah yang sebelum ini tidak tersenarai dalam CEC setelah menduduki tangga ke-39 diumum berada di tangga ke-20 berikutan kiraan semula undi.

3. Sekarang apakah salah Pendaftar Pertubuhan (ROS) bila membuka siasatan terhadap DAP setelah ada ahli DAP sendiri membuat aduan? Jadi DAP dan Lim Kit Siang jangan jadi haram jadah menunjukkan air mata buaya dalam sidang akhbar.

4. DAP tahu bahawa keputusan ROS tidak mengiktiraf jawatan kuasa yang dipilih pada Disember lalu tidak menjejaskan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk bertindak bagi pihak DAP dalam apa jua hal parti. Lim Guan Eng adalah dari pentadbiran lalu. Oleh kerana pentadbiran sekarang tidak diiktiraf oleh ROS, pentadbiran yang lalu masih bertindak sebagai pentadbir DAP sedia ada.

5. DAP sebenarnya boleh menyelesaikan isu ini dengan mudah jika mereka menghantar satu surat kepada ROS meminta kepastian siapakah yang boleh bertindak untuk pentadbiran DAP dalam masa penggantungan jawatankuasa ini. Sebaliknya, kerana DAP mahu menjadikan isu ini sebagai isu meraih simpati dan sememangnya berniat menggunakan logo Pas untuk pilihan raya kali ini.

6. Inilah parti haram jadah yang mahu memperbodohkan orang Cina dan Melayu dalam pilihan raya umum kali ini.

Bebalisme ROS

7. Selain DAP, kita berhadapan dengan KEBEBALAN para pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengeluarkan surat tidak mengiktiraf jawatan kuasa DAP tiga hari sebelum pencalonan. Apakah ROS tidak boleh menunggu sehingga selepas pilihan raya?

8. Hari ini ROS mengeluarkan lagi satu surat menekankan bahawa DAP tidak diharamkan dan boleh terus menggunakan logo mereka. Tapi ROS tidak menyatakan siapa yang boleh dan diiktiraf untuk menandatangani surat kebenaran perlantikan calon-calon pilihan raya DAP.

9. Namun kita tidak menyalahkan ROS sepenuhnya kerana sebagai birokrat yang bebal mereka tidak akan memahami kemelut ini jika DAP tidak meminta penjelasan atau “clarification” tersebut.

10. DAP pula sengaja tidak mahu meminta penjelasan ini kerana mereka memang telah merancang untuk memanipulasi isu ini.

11. Jadi sahlah DAP memang haram jadah dan ROS bebal nak mampus. ———–END

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger