Home » » DAP tagih simpati rakyat untuk tutup salah sendiri

DAP tagih simpati rakyat untuk tutup salah sendiri

Written By LAILANATASHA on Saturday, April 20, 2013 | 3:20 PM

dap paria
Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan tengahari 19 April menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.
Usaha DAP & Pakatan Rakyat untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.
ROS sudah pun menjelaskan bahawa DAP boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU13 dan bahawa parti itu tidak diharamkan; namun untuk mengkaburi mata rakyat, DAP terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik” – seperti yang disebut oleh Lim Guan Eng.
Sebenarnya semua ini berpunca dari DAP sendiri yang mengenepikan rintihan hati ahli-ahli sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan barisan CEC parti tersebut.
Tindakan Lim Kit Siang menangis semasa sidang akhbar: sebuah sandiwara untuk meraih undi simpati. Namun yang paling penting mari kita kaji punca masalah ini
Isu ini berpunca dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, memanggil mesyuarat tidak mengikut peraturan.
Mereka menggunakan alasan ‘masalah teknikal’ sebagai punca 753 perwakilan parti itu tidak menerima surat jemputan untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu, sekali gus gagal mengundi bagi memilih ahli Jawatan Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, beliau yang menghubungi ibu pejabat DAP sebelum kongres itu untuk bertanya mengenai hal tersebut telah diberitahu berlaku kesalahan komputer yang menyebabkan surat itu tidak dihantar.
DAP telah menjadi terlalu berlagak dan bongkak sehingga tidak mempedulikan peraturan parti dan undang-undang negara. Tidak pernah dalam sejarah ada parti boleh mengubah keputusan pemilihan jawatan kuasanya selepas diumumkan secara rasmi.Ini menunjukkan keangkuhan DAP. Masyarakat Cina harus sedar.
DAP terperangkap dalam kempen kononnya partinya adalah pelbagai kaum apabila daripada lapan calon Melayu yang turut bertanding tiada seorang pun yang terpilih menganggotai CEC. Malah, undian terbanyak yang diperoleh Senator Ariffin S. M. Omar iaitu 348 undi hanya meletakkan beliau di tangga ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.
Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor yang mendapat 327 undi dan berada di tangga ke-38.
Tapi Lim Guan Eng dengan penuh bongkak mengubah keputusan pemilihan atas alasan masalah teknikal. Masalah teknikal hanya timbul selepas masyarakat mengutuk DAP sebagai parti cauvinis Cina kerana tidak ada seorang pun Melayu yang bertanding dipilih. Akhirnya, Guan Eng mengubah keputusan untuk memasukkan seorang Melayu
Kesilapan itu sekali gus ‘mengembalikan’ wakil Melayu ke dalam CEC. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Zairil Abdullah yang sebelum ini tidak tersenarai dalam CEC setelah menduduki tangga ke-39 diumum berada di tangga ke-20 berikutan kiraan semula undi.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuka siasatan terhadap DAP setelah ada ahli DAP sendiri membuat aduan pun salah BN juga ke? Sandiwara DAP dan Lim Kit Siang menunjukkan air mata lakonan dalam sidang akhbar satu publisiti murahan.
DAP tahu bahawa keputusan ROS tidak mengiktiraf jawatan kuasa yang dipilih pada Disember lalu tidak menjejaskan kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk bertindak bagi pihak DAP dalam apa jua hal parti. Lim Guan Eng adalah dari pentadbiran lalu. Oleh kerana pentadbiran sekarang tidak diiktiraf oleh ROS, pentadbiran yang lalu masih bertindak sebagai pentadbir DAP sedia ada.
DAP sebenarnya boleh menyelesaikan isu ini dengan mudah jika mereka menghantar satu surat kepada ROS meminta kepastian siapakah yang boleh bertindak untuk pentadbiran DAP dalam masa penggantungan jawatankuasa ini. Sebaliknya, kerana DAP mahu menjadikan isu ini sebagai isu meraih simpati dan sememangnya berniat menggunakan logo Pas untuk pilihan raya kali ini.
PRU13 kali ini DAP mahu bersandiwara dengan rakyat Malaysia. Namun dengan kebijaksanaan rakyat, insyaallah kami tidak akan tertipu dengan DAP Komunis yang mahu menghancurkan Melayu dan Islam.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 20, 2013 at 4:05 PM

Gagal mau tipu perwakilan lain orang yang dia mau kasi salahkan, tuakah ahli dap sekalian itu li guan eng dap hidup dulu sampai sekarang apa kerja pun mesti mau tipu punya, kalau tadak tipu bukan cina ma. sorry broken malay.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger