Home » » Lebih 60000 orang raikan BN dan PM di Pelabuhan Klang

Lebih 60000 orang raikan BN dan PM di Pelabuhan Klang

Written By LAILANATASHA on Tuesday, April 23, 2013 | 4:40 PM




Transformasi telah dijalankan oleh PM, Datuk Seri Najib meliputi semua lapisan masyarakat di Malaysia. Ini membuktikan kejayaan dan pencapaian cemerlang BN dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran negara. 

Sudah semestinya rakyat gembira dengan perubahan dan kesenangan yang diterima mereka. Ini sedikit sebanyak mengubah pendirian dan sokongan rakyat kepada kerajaan BN kepada yang leib positif dan bertambah meriah. 

Membuktikan apa yang dikatakan, lebih 60,000 menghadiri majlis ramah mesra bersama PM di Westport, Kelang Sabtu lepas. Inilah hasil kepada apa yang dijalankan oleh PM, orang kata cantik usaha cantik hasilnya. 

Maka, apa yang diusahakan oleh PM selama ini sangat-sangat berbaloi. Kerana bagi seorang pemimpin, sokongan rakyat adalah yang paling penting bagi mereka. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Michelle Yeoh yang menyuarakan sokongan kepada kepimpinan DS Najib Razak.

Kehadiran ramai penyokong PM menunjukkan sokongan rakyat Selangor yang kembali memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan BN. Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat selama lima tahun tidak membuktikan bahawa rakyat Selangor tidak lagi menyayangi BN. 

Mungkin, penggal yang lepas bakal diakui sebagai kesilapan, tetapi apa yang kita pasti rakyat Selangor akan kembali kepada BN. Nampaknya, apa yang dilakukan BN penuh dengan keikhlasan dan kesungguhan sehingga rakyat dapat menilainya. 

Tiada apa yang rakyat mahukan selain pemimpin yang bertanggungjawab dan menunaikan setiap apa yang pernah dijanjikan. Bagi membuktikan apa yang dikatakan, sokongan rakyat dapat dilihat melalui kehadiran dan sambutan mereka terutamanya kepada PM. 

Percaya akan gagasan yang dibawa BN, rakyat dilihat kembali bagi memastikan tiada lagi kecurangan yang dilakukan Pakatan Rakyat kepada mereka.

Sayangi Selangor, Yakini Bn.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger