Home » » BN Juga Perlu Utamakan Penyokong Sendiri

BN Juga Perlu Utamakan Penyokong Sendiri

Written By LAILANATASHA on Thursday, May 30, 2013 | 8:00 PM


Belum pun cukup sebulan Nasruddin Hassan menjadi Ahli Parlimen Temerloh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak memilih bulu dalam memberikan khidmatnya kepada penduduk. Sikap memilih bulu itu terserlah apabila dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei 2013 lepas, Nasruddin melalui wakilnya hanya menghulurkan bantuan kepada ahli dan penyokong PAS serta PKR sahaja. Manakala penduduk setempat yang dianggap menyokong BN diketepikan begitu sahaja sekali gus menunjukkan laungan slogan Negara Berkebajikan terbukti hanya propaganda politik semata-mata. Ia agak mengejutkan lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan Parlimen Temerloh kerana tidak menjangka sedemikian buruk sekali sikap wakil rakyat mereka yang baru. Tapi inilah hakikatnya yang perlu diterima ramai apabila politik kepartian mengatasi naluri kemanusiaan, lantas dalam menghadapi kerenah sebegini amatlah perlu untuk BN mengambil langkah yang sama di kemudian hari. Bukan bermaksud BN perlu meniru bulat-bulat politik serba keparat itu sebaliknya sedikit pengubahsuaian dilakukan tanpa meminggirkan nilai kemanusiaan. Selama ini BN sering menimplementasikan politik gentleman memberi khidmat kepada semua namun dengan keadaan yang berbeza kini, maka gaya politik sedemikian perlu diubah di mana tumpuan utama dalam memberi khidmat perlu didahulukan kepada penyokong sendiri. Di mana-mana saja kawasan Parlimen mahu pun DUN, pendekatan mengutamakan penyokong sendiri perlu BN aplikasikan tapi tidaklah sampai mengetepikan terus penduduk setempat yang tidak menyokong BN. Bantuan untuk semua tetap diteruskan, tapi penekanan penting ialah utamakan dulu penyokong sendiri sebagai penghargaan atas sokongan yang diterima, tanpa mereka mustahil BN dapat mengekalkan kekuasaan sebagaimana hari ini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger