Home » » ‘Perjanjian Najib-Anwar’ Sahkan Anwar Tahu Akan Kalah

‘Perjanjian Najib-Anwar’ Sahkan Anwar Tahu Akan Kalah

Written By LAILANATASHA on Thursday, May 30, 2013 | 10:00 PM

Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai satu usaha mengadakan perjanjian yang melibatkan Dato’ Seri Najib dengan Anwar Ibrahim benar-benar membuat Anwar gubra. Dalam ‘kegubraan’ itu, Anwar mengakui bahawa beliau ada menawarkan satu perjanjian dengan Dato’ Seri Najib melalui Jusuf Kalla tetapi telah tidak dipersetujui oleh Dato’ Seri Najib. Setelah tersedar bahawa kenyataannya adalah ‘politically-incorrect’, maka Anwar cuba menjelaskan bahawa penawarannya kepada Dato’ Seri Najib adalah agar BN menerima kekalahan dengan baik dalam PRU-13 dan tidak membuat demonstrasi. Kononnya, beliau sudah tahu yang PR akan menang. Mana-mana rakyat Malaysia juga tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk mengesan pembohongan Anwar dalam kenyataan tersebut. Kita cukup maklum bahawa BN bukanlah parti yang terkenal dengan demonstrasi dan BN tidak pernah mempersoalkan kekalahannya di beberapa negeri. Dato’ Seri Najib juga telah terlebih dahulu dikhabarkan oleh berbagai pihak bahawa BN berpotensi untuk menang besar. Namun, biarpun kemenangan BN dalam PRU-13 langsung tidak memuaskan hati, BN tidak pula membantahnya. Malah, BN mengambil sikap menyalahkan diri sendiri dan antara sesama komponen tanpa menuding jari ke serata arah. Justeru, masuk akallah bila Dato’ Seri Najib enggan berbuat apa-apa perjanjian dengan Anwar. Dan jelaslah juga bahawa Anwarlah yang tersorong-sorong pipi mengajak kepada satu bentuk ‘tawar-menawar’. Persoalan kini menjurus kepada ‘apa sebenarnya yang Anwar minta dari Dato’ Seri Najib tetapi telah ditolak mentah-mentah itu?’ Tentu sekali bukan agar BN tidak membantah keputusan PRU kerana Dato’ Seri Najib yakin bahawa BN akan menang besar. Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar menawarkan janji yang beliau tidak akan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13 jika kerajaan memberi jaminan yang beliau akan dilepaskan dari sebarang tuduhan dalam insiden Lahad Datu. Jika ini benar, maka tidak hairanlah Dato’ Seri Najib mengabaikan sahaja permintaan Anwar. Inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gubra sehingga tidak sempat menapis kenyataan sendiri, manakala Dato’ Seri Najib pula tenang sahaja. Sudah menjadi kelaziman, orang yang bersalah tidak mungkin akan tenteram kecuali beliau seorang yang kurang waras. Hari ini, Anwar telah ‘membalas dendam’ dengan meneruskan demonstrasi dan himpunan haram untuk membantah keputusan PRU-13 dan menggulingkan kerajaan Dato’ Seri Najib. Semuanya kerana Dato’ Seri Najib telah tidak mengendahkan tawarannya. Sangkanya, ‘biar padan muka BN’ kerana terpaksa melayan karenahnya setiap minggu. Tetapi apa yang dapat dilihat ialah, yang padan muka adalah dirinya sendiri yang kini ditolak oleh rakyat dan terpaksa pula berhadapan dengan kebenaran dalam isu Lahad Datu. Anwar juga tahu bahawa lambat laun, rakyat akan letih berhimpun ke sana ke mari saban minggu. Pada waktu itu, jangankan padan muka Anwar, tetapi di mana Anwar nak letak muka?
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 30, 2013 at 10:19 PM

Anwak musibat tahap lahanat

Anonymous
May 31, 2013 at 12:33 PM

anwar liwat nurul izzah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger