Home » » Ahli MCA Dan Gerakan Tidak Mengundi Barisan Nasional

Ahli MCA Dan Gerakan Tidak Mengundi Barisan Nasional

Written By LAILANATASHA on Saturday, June 8, 2013 | 10:05 AM




Kita harus membuat analisis samada ahli MCA yang berbangsa Cina , ahli gerakan dan komponen Barisan Nasioanl yang lain mengundi Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas. Sesungguhnya nombor tidak menipu. Walau dengan apa cara sekalipun kita mengira, namun kita akan tetap dapat keputusan lebih kurang hanya sepuluh peratus bangsa Cina menyokong Barisan Nasional di kawasan majority Cina Bandar.

Dalam lima kawasan yang mempunyai 331,385 pengundi yang berdaftar yang mana 273,640 orang telah keluar mengundi pada 5 Mei yang lepas. Ini bermakna purata 82.3% telah mengundi. Anggaran pengundi Cina yang menyokong Barisan Nasional pula lebih kurang 26,178 orang.

Kemana hilangnya ahli MCA yang berjumlah lebih dari sejuta keahlian. Adakah mereka tidak tinggal di Kuala Lumpur (Cheras, Kepong, Seputeh) ataupun di Pulau Pinang? Sekiranya ahli MCA dan Gerakan benar-benar mengundi parti mereka iaitu Barisan Nasional, mengapa undian dari kaum Cina terlalu kecil? Amat mustahil kita menolak hakikat bahawa MCA dan Gerakan telah gagal menjalankan tugas mereka.

Sekiranya kita menganggap peti undi merupakan suara rakyat maka kaum Cina di Malaysia sudah menyatakan pendirian mereka dengan terang dan nyata bahawa mereka tidak memilih Barisan Nasional sebagai parti pilihan. Selama ini Barisan Nasional telah banyak bertolak ansur dengan mereka dari berbagai-bagai sudut dan segi. Namun semua itu seolah-olah tidak memberi sebarang makna kepada kaum Cina.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger