Home » » Alvin Vivian Namawee : Akta Tegas Perlu Benteras DAP Pengkhianat Agama Bangsa Dan Negara

Alvin Vivian Namawee : Akta Tegas Perlu Benteras DAP Pengkhianat Agama Bangsa Dan Negara

Written By LAILANATASHA on Friday, July 19, 2013 | 9:00 AM



Perancangan untuk menjatuhkan maruah umat Islam dan bangsa Melayu telah dirancang dengan rapi oleh pakatan haram atau lebih tepat DAP. PKR dan PAS hanya menurut telunjuk jahat DAP sahaja. Mereka telah mulakan agenda tersebut dengan mengasak kerajaan dengan berbagai-bagai cara bagi memastikan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang merupakan penghalang utama agenda jahat mereka agar dimansuhkan. Alvin, Vivian, Namavee dan anak muda bangsa Cina merupakan pelakon yang mungkin digarap ceritanya oleh DAP.


Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( ISA, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang pernah berkuatkuasa di Malaysia, melibatkan beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad. Namun pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.


Sesungguhnya pada saat dan ketika pemansuhan tersebut kerajaan telah kecundang dalam tipu daya pakatan haram. Kita seolah-olah terbawa-bawa dengan asakan mereka yang tanpa henti mengadakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram. Sesungguhnya undang-undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah kepada negara.

Selama ini rakyat dapat hidup secara aman dan harmoni serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain dengan adanya undang-undang dan akta tertentu yang dijadikan panduan. Kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehinggakan ada pihak yang berani menghina Islam.

Apakah itu EO yang telah dihapuskan juga

1. Penahanan tanpa bicara keatas rakyat biasa

2. Boleh ditahan 60 hari tanpa dibawa ke mahkamah dan selepas itu,

Menteri Dalam Negeri ada kuasa menahan tanpa bicara untuk 2

tahun dan ini boleh disambung setiap 2 tahun sekali..

3. Atau dibuang daerah untuk 2 tahun dan boleh ditambah



Akta Hasutan 1948 pula merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang “mempunyai kecenderungan menghasut” sebagai suatu kesalahan jenayah. Ianya turut dihapuskan.



Masalah yang dibawa oleh DAP dalam menjatuhkan maruah dan menghina umat Islam dan bangsa Melayu dan juga peningkatan kadar jenayah tembak-menembak yang kerap berlaku kebelakangan ini telah memaksa kerajaan untuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan 1948. Kerajaan perlu fikir secara mendalam sekarang untuk melaksanakan Akta Keharmonian Nasional.



Masalah utama kes tembak tidak dapat diselesaikan adalah kerana saksi takut untuk tampil bekerjasama sehingga gagal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Saksi takut kerana bimbang akan menerima ancaman balas dendam dari ahli kumpulan yang terlibat. Undang-undang yang ada sekarang memerlukan saksi memberi keterangan di mahkamah dan itu tentu sekali membuka peluang kepada penjenayah mengenal mereka.



Undang-undang yang menyamai EO yang boleh memberi kuasa untuk merakam keterangan saksi dan mereka tidak perlu hadir ke mahkamah diperlukan. Ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan, penjenayah-penjenayah semakin berani untuk melakukan jenayah yang radikal serta agresif seperti tembak-menembak. Kita mahu undang-undang yang mampu bertindak sendiri mencegah dan meminimumkan jenayah agresif.



Manakala kekerapan kejadian bangsa Cina menghina Islam dan Melayu secara drastik juga berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Kita dapat lihat senario yang cukup jelas apabila pasangan seks Alvin dan Vivian bertindak menghina kesucian Ramadhan dengan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan babi. Mereka merupakan ikon yang telah dicipta oleh DAP untuk menjatuhkan Melayu.



Begitu juga dengan tindakan Namawee yang mencaci lagu Negaraku dan tindakan pemuda-pemudi Cina yang kurang ajar memijak gambar Perdana Menteri kita. Ini merupakan proses yang cukup terancang mungkin dari DAP untuk merendahkan maruah umat Islam dan bangsa Melayu. Perkara ini berlaku apabila akta yang mereka takutkan seperti ISA, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat berjaya mereka hapuskan dengan asakan berterusan terhadap sistem kehakiman dan kerajaan Barisan Nasional.



Oleh itu, kerajaan Barisan Nasional harus jelas akan agenda DAP dan pakatan haram untuk kita membuat keputusan yang tepat dalam meneraju Negara. Segala tindakan tidak perlu semata-mata untuk mengambil hati kaum Cina pendatang kerana sudah jelas mereka tidak akan mengundi Barisan Nasional. Kita harus balik menguatkan jentera UMNO semula. Perjuangan sebenar UMNO harus jelas dilaksanakan demi agama, bangsa dan tanahair.sumber







Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger