DAH beberapa hari penulis berada di Kuala Besut ini dan sepanjang waktu tersebut memang penulis sering kali keliru dengan lokasi sebenar penulis berada, di Terengganu atau di Kelantan? Maklum sajalah, cakap orang sini bercampur aduk, sekejap Kelantan, sekejap Terengganu.
Tambah bagi buruk keadaan, calon PAS dalam pilihanraya kecil kali ini, Endut@Azlan Yusuf pulak, lebih banyak bercakap dalam bahasa Kelantan, itupun buah butirnya bukan tentang visi untuk membantu rakyat Kuala Besut kalau menang dan dipilih sebagai ADUN, sebaliknya dia lebih banyak bercerita tentang kejayaannya sebagai kontraktor di Kelantan.
Termasuklah mengaku dia sebagai kontraktor terbaik di Kelantan
Ini macam mana ceritanya? Apa kaitan dengan dia kaya dan berjaya sebagai kontrakror di Kelantan dengan nak jadi ADUN Kuala Besut?
Khabarnya calon ini tidak sekolah tinggi, SPM pangkat 3 saja pun tapi dia boleh jadi kontraktor yang berjaya di Kelantan (termasuk ada kilang kayu sendiri) tapi apa kaitan semua itu dengan dia nak bertanding di Kuala Besut?
Tapi kalau nak dihujahkan jugak, macam mana orang PAS boleh jadi kontraktor berjaya, bukan semua projek orang UMNO bolot ke? Macai katalah ni, bukan penulis kata (projek UMNO bolot).
Rezeki tu satu hal lah, ramai orang UMNO pun begitu juga, tapi balaci pernah peduli ke? Jangan orang UMNO kaya sikit, berjaya sikit, dah mula dikaitkan dengan kronisme dan sebagainya. Ini ada kontraktror PAS pun kaya ni, apa cerita? Kronisme jugak ke?
Jadi dek galaknya dia bercakap tentang perniagaan, maka betullah kata orang, mamat ini bukan nak jadi wakil rakyat untuk bantu rakyat, sebaliknya nampak dia lebih minat untuk kembangkan perniagaannya, dari kaya jadi bertambah kaya, macam itulah lebih kurang cerita.
Adakah orang dengan latar belakang macam ini layak diangkat menjadi pemenang dalam pilihanraya kecil Kuala Besut pada 24hb akan datang, adalah perkara yang menarik untuk kita semua fikirkan pro’s & con’s nya.
ADUN dan ahli parlimen meniaga bukan cerita baru, ia cerita lama. Kalau tak meniaga nanti payah pulak nak bantu rakyat. Harap gaji dengan elaun saja, nak makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Peruntukkan DUN kalau ada pun, hanya cukup untuk biaya projek-projek pembangunan kecil-kecil di kawasan masing-masing.
Tapi tak pernah pulak penulis cross mana-mana ADUN dan Ahli Parlimen yang lebih banyak bercerita tentang perniagaannya semasa kempen sedang berlangsung seperti di Kuala Besut sekarang.
Ini bukan pertandingan memilih kontraktor atau peniaga terbaik, ini pertandingan memilih calon yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat mewakili penduduk Kuala Besut, Terengganu.
Maka itu tolaklah orang ini dan pilihlah calon BN yang jauh lebih berwibawa serta berketrampilan. Calon kita ni memang orang sini pun, muda lagi dan latar belakangnya professional.
Ayuh pengundi Kuala Besut, Undilah calon BN.
Post a Comment