Home » » Murtad Dipermainkan : PAS Berkompromi Demi Politik

Murtad Dipermainkan : PAS Berkompromi Demi Politik

Written By LAILANATASHA on Sunday, July 14, 2013 | 2:42 PM



PAS merupakan pengkhianat agama Islam dan bangsa Melayu. Mereka telah menjual Islam sewenang-wenangnya mengikut keperluan nafsu politik rakus mereka. Isu murtad telah diambil mudah oleh PAS demi persepakatan politik dengan sekutu yang mereka gerun iaitu DAP.



PAS telah cuba menafikan penglibatan gereja DAP dalam gejala memurtadkan umat Islam.Mereka telah mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.2011 lepas. Kejadian berlaku semasa umat Islam sedang menjalani ‘ibadah puasa.


Sedangkan sebelum itu pada Ramadhan 1997, PAS begitu lantang mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori apabila pihak kristian telah menculik dan melarikan beliau dengan membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang.



Perjuangan Dr. Hasan Ali mahu mencegah gejala murtad telah mendapat tentangan hebat dari PAS yang mana mereka telah menuduh Dr Hasan Ali sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dan DAP.



Sandiwara PAS sudah terlalu melampau apabila dahulu mereka memaki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad namun mereka menukar pendirian pula dengan memaki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad.



Kes Aishah Bukhori merupakan bukti pembabitan gereja dalam agenda murtad. Murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kristian ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliau merupakan orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.
Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa beliau telah dilantik “untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan telah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam.”


Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa “Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”. Majlis Peguam merupakan pendokong tegar pakatan haram.



Pada tahun 1987 disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu. Jamaluddin Osman merupakan anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau merupakan dalang untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian. Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam. Inilah akta yang yang Berjaya dimansuhkan oleh PAS dan sekutu jahatnya.



Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.


PAS pernah juga bersandiwara membantah murtadnya Azlina Jailani. Gereja Church of our Lady Fatima di Brickfields terlibat dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W). Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.

Tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam bentuk triniti mendapat sokongan Anwar Ibrahim dan PAS. Begitu juga dengan apabila bible versi Bahasa Indonesia muncul, PKR dan PAS menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa indonesia.

Pembongkaran isu murtad Nor Azman Beginda yang merupakan saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau juga merangkap calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak timbul apabila anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Namun begitu isu murtad Azman dipandang sepi oleh PAS kerana kepentingan politik bersama Anwar.

Isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan murtad dalam bulan Ramadhan dibongkar oleh JAIS . Namun tindakan JAIS tersebut dihebohkan sebagai satu “serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja”. Ianya diputar sebagai satu tindakan mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Datuk Hasan Ali yang bangkit mempertahankan tindakan JAIS dan membela maruah Islam menyebabkan beliau dipecat dan dibuang oleh PAS.



Malahan Pakatan Haram telah bertindak jauh menyimpang dari ajaran Islam apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap “lepas tangan” Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan sedangkan Abdul Khalid juga merupakan EXCO Hal Ehwal Islam negeri.



Sebelum ini Kristian telah berjaya melaksanakan agenda murtad mereka di Indonesia melalui penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman yang boleh memberi pengertian faham yang keliru kepada sebagian besar masyarakat Islam di Indonesia sehingga memudahkan mereka terkeluar dari ajaran Islam.



Sesungguhnya PAS tidak relevan langsung dengan perjuangan agama Islam. Penerangan yang terperinci harus disampaikan kepada rakyat bagi memberi gambaran sebenar kepalsuan perjuangan PAS. Hanya UMNO yang mampu membela agama Islam, bangsa Melayu dan Tanahair.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger