Calon yang dikemukakan parti PAS iaitu Azlan @ Endut Yusuf dalam PRK Dun Kuala Besut memang silap besar apabila bermain kata-kata dengan mengeluarkan kenyataan bahawasanya beliau akan menggaji orang lain untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat sekiranya menang nanti.
Azlan mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan mahu memberikan perhatian penuh kepada perniagaannya di Kelantan sekarang ini.
“Saya akan keluar sikit-sikit untuk berniaga, saya ada banyak kerja sekarang. Satunya, saya ada trading…di Kota Bharu itu…izinlah saya untuk kerja. Kalau saya keluar kerja pun, kerja yang saya perlu uruskan sebagai tok wakil (wakil rakyat) akan diteruskan oleh orang lain. Saya akan gaji dia, saya akan buat kerja saya, saya akan berceramah,” katanya dalam klip video yang disiarkan di portal terengganutoday.com.
Dalam isu ini, umum sudah pun melihat Azlan tidak bersungguh-sungguh untuk menjadi wakil rakyat yang bersedia menggalas tanggungjawab atau pun, memang tak mahu langsung.
Mana tidaknya, baru masuk dua hari berkempen, Azlan sudah pun mahu permintaannya dihormati oleh semua pihak lebih-lebih lagi parti PAS sendiri. Apatah lagi meletakkan kepentingan dirinya lebih dari keperluan rakyat.
Ini juga adalah silap besar yang telah dilakukan oleh PAS bila mana memilih calon yang bukan mampu memberikan kelebihan kepada parti.
Dalam kekecohan ini, mulalah pemimpin tertingi PAS mencuba membela calon mereka ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan Azlan mahu menggaji wakil rakyat lain supaya beliau dapat meneruskan perniagaannya.
Beliau juga menafikan Azlan enggan melakukan tugasan dan kerjanya. Katanya, apa yang dimaksudkan oleh Azlan adalah calon itu tidak mahu menerima gaji sebagai wakil rakyat memandangkan gaji itu bolehlah digunakan untuk rakyat.
Ini kenyataan dalam cubaan pertahankan Azlan: “Tidak. Tidak betul begitu (itu bukan maksudnya). Apa yang disebut di depan saya dan saya ada. Maknanya soal gaji wakil rakyat tidak penting baginya. Gajinya boleh dimanfaatkan kepada rakyat.”
Kebenarannya, cubaan Mustafa mempertahankan kenyataan Azlan adalah suatu tindakan yang tidak masuk akal kerana kenyataan yang dibuat oleh Azlan adalah jelas dan nyata. Tidak langsung berselindung.
Ini kerana, Azlan berkata ‘Kalau saya keluar kerja pun, kerja yang saya perlu uruskan sebagai tok wakil (wakil rakyat) akan diteruskan oleh orang lain. Saya akan gaji dia…’
Bukannya mengatakan tidak mahu gaji yang diberikan sebagai wakil rakyat dan gaji itu patut disalurkan untuk kegunaan rakyat. Mustafa dilihat cuba memutar kenyataan Azlan supaya calon PAS itu dilihat tidak salah berkata-kata.
Disaat-saat akhir juga, PAS masih lagi menunjukkan satu sisi yang menampakkan mereka tidak mampu untuk mengetengahkan calon yang layak untuk mentadbir Kuala Besut.
Ia juga akan menjadi satu kerugian yang besar khususnya kepada rakyat jika memilih Azlan sebagai pemimpin kerana beliau tidak mampu memberikan komitmen penuh terhadap tugas-tugas wajib selain berceramah sekali gus memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan kawasan terjamin
Post a Comment