Home » » Hina Islam : Kes Ritual Buddha Disiasat Bawah Kanun Keseksaan

Hina Islam : Kes Ritual Buddha Disiasat Bawah Kanun Keseksaan

Written By LAILANATASHA on Monday, August 12, 2013 | 11:45 PM


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan sekumpulan dipercayai penganut agama Buddha yang mengadakan ritual keagaaman di dalam sebuah surau pada petang 10 Ogos lalu.
Jelas Mohd Nor, pihaknya yang menerima laporan daripada penduduk tempatan telah ke tempat kejadian dan pada ketika itu aktiviti ritual tersebut telah dihentikan.
“Pihak kami telah menerima laporan dan kami akan menjalankan siasatan lanjut.
“Kes tersebut diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan,” jelas Mohd Nor 
Pada masa yang sama, Mohd Nor turut menjelaskan pihaknya tidak membuat sebarang rampasan harta benda atau peralatan yang digunakan dalam aktiviti ritual keagamaan tersebut.
Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, sekumpulan dipercayai penganut agama Buddha telah menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan dalam sebuah surau di Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili di sini.
Dalam video amatur yang dimuat naik oleh seorang pengunjung resort tersebut, jelas menunjukkan aktiviti ritual keagamaan itu diadakan di sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.


Polis menahan seorang lelaki yang merupakan pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai sebuah surau di premis tersebut yang dijadikan tempat ritual keagamaan oleh bukan Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 petang di resort berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.

"Pada pukul 3.25 petang kelmarin, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalah guna oleh penganut agama lain dan ekoran laporan berkenaan, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger