Pakatan pembangkang memang tidak akan mampu memerintah negara kita . Ini memang kenyataan yang telah diketahui oleh rakyat yang waras pemikirannya. Hanya mereka yang mempunyai dendam peribadi terhadap negara dan mereka yang termakan hasutan pembangkang sahaja percaya kepada misi kurang cerdik pakatan pembangkang yang bakal menghancurkan negara sekiranya tidak ditangani dengan bijak dan sewajarnya.
Perkara ini juga telah disedari oleh bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Beliau telah mengeluarkan kenyataan berhubung ketidakmampuan pakatan pembangkang negara ini dalam mentadbir Malaysia. Ini mengundang ketidakpuashatian pihak pembangkang yang enggan menerima hakikat kelemahan mereka yang amat ketara.
Politik pihak pembangkang yang ternyata lari dari perjuangan yang tulen menjurus kepada perjuangan bersifat kepentingan peribadi , pembohongan dan penipuan mereka yang tidak berpenghujung.
Penubuhan PKR yang berlandaskan membela Anwar Bin Ibrahim yang telah disabitkan dengan kesalahan meliwat, berzina dan salah guna kuasa sudah tentu tidak akan mampu memperjuangkan hak rakyat memandangkan mereka ditubuhkan dengan sebab membela salahlaku pemimpin yang mereka taksub.
Begitu juga dengan penubuhan PAS yang berasaskan kepada kekecewaan pemimpin mereka yang tidak mampu mendapat jawatan tinggi yang mereka idamkan dalam UMNO telah mendorong mereka menubuhkan PAS dengan mempergunakan Islam sebagai umpan untuk memancing rakyat negara kita yang beragama Islam. Dengan niat yang cukup tidak ikhlas ini sudah tentu juga menghalang proses pembelaan rakyat yang tulen dan ikhlas.
DAP dengan perjuangan yang amat mirip dengan komunis dan bersikap perkauman yang melampau memang amat jauh dalam memastikan semua rakyat mendapatkan pemerintahan yang adil. Mereka sendiri tidak mampu menangani keadilan untuk ahli mereka sendiri mana kan mungkin mereka mampu membela rakyat yang berbilang kaum.
Seterusnya baca di sini
Post a Comment