Home » » Isteri Pengurus Resort Tuduh Penganut islam Bodoh Tidak Sporting Macam Singaporean

Isteri Pengurus Resort Tuduh Penganut islam Bodoh Tidak Sporting Macam Singaporean

Written By LAILANATASHA on Tuesday, August 13, 2013 | 4:32 PM


DUA laporan polis oleh penduduk Kampung Sedili Besar berhubung salahguna surau di Tanjung Sutera Resort, akhirnya membolehkan polis menahan pengurus resort berkenaan. Namun yang paling menyakitkan hati ialah apabila isteri kepada pengurus resort tersebut, mengeluarkan kata-kata yang cukup menghina:
“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”
Penduduk telah meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana kenyataannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk menghina agama Islam dan tempat ibadat umat Islam.
Isteri Pengurus Resort Hina Orang Islam Sedili?

Semalam juga lebih kurang jam 10:45 pagi sehingga 12:50 tengah hari, bertempat di Surau Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, Kota Tinggi, telah diadakan lawatan dan tinjauan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Lebih kurang 20 orang telah hadir.
Antara mereka termasuklah:
(1) Dato’ Mohd Noh bin Gadut – Penasihat Agama Negeri Johor.
(2) Dato’ Tahrir bin Hj. Shamsuddin – Mufti Negeri Johor
(3) Taufik bin Kiai Hj. Shamsuddin – Kadi Daerah Kota Tinggi
(4) Hj. Mohd Noorazam bin Dato’ Hj. Osman – Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Lawatan dan tinjauan yang dibuat oleh ketiga-tiga jabatan itu adalah untuk mengenalpasti isu surau yang menjadi kontroversi dan digunakan oleh penganut Buddha.
Hasil daripada tinjauan oleh ketiga-tiga pihak tersebut mendapati, surau yang digunakan, tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.
Antara kelemahan yang dikenalpasti adalah arah kiblat yang terpesong, kalimah Syahadah yang tidak mengikut dan menepati tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad s.a.w dilingkari dengan nama keluarga pemilik resort.
JAIJ turut menurunkan papan tanda kalimah Syahadat, salahsilah keluarga dan nama surau Tanjung Sutera Resort tersebut. Manakala pemilik merangkap pengurus resort berkenaan, SYED AHMAD ALKAFF telah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Kesiksaan.
Hasil siasatan dengan pengurus Tanjung Sutera Resort, punca penggunaan surau tersebut dibenarkan untuk penganut Buddha adala kerana dewan Tanjung Sutera Resort telah digunakan oleh seramai 80 Cina dari Johor Bahru untuk aktiviti percutian mereka. Oleh kerana pengurus begitu menghormati 14 orang Cina penganut Buddha yang ingin mengadakan upacara keagamaan mereka, dia telah membenarkan surau resort tersebut digunakan.
14 orang Cina penganut Buddha tersebut merupakan rakyat dan pelancong dari Singapura.
Terbaru, DYMM Sultan Johor telah mengarahkan surau tersebut dirobohkan. Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedili Besar bersama-sama penduduk telah bertindak menghalau 14 orang Cina Buddha tersebut keluar dari surau sebaik-baik menyedari kejadian tersebut.-newshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger