Home »
» Kebiadapan Namewee Terus Dikecam
Kebiadapan Namewee Terus Dikecam
Written By LAILANATASHA on Sunday, August 4, 2013 | 1:41 PM
Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz membidas penyanyi rap itu dan menyifatkannya sebagai bodoh, tidak tahu sejarah dan juga budak hingusan.
Memetik laporan Utusan Online, Nazri berkata “Saya pun hendak hentam dia habis-habisan. Dia budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita. Hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, kita harus mengambil kira sensitiviti dalam negara.
“Dia kena ingat, polis dan angkatan tentera membela negara kita. Jangan esok kalau apa-apa berlaku kepada dia, polis tidak mahu ambil tindakan, dia marah pula,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di Padang Rengas.
Untuk rekod, Namewee telah berjumpa dengan Nazri satu ketika dulu selepas Namewee begitu beriya-iya hendak bertemu dengan Perdana Menteri. Pada ketika itu, Namewee berlagak baik mengikut protokol dengan memakai baju kot dan bertemu dengan Nazri di Parlimen.
Para blogger yang masih mengenal erti etika penulisan segera bertindak membidas penyanyi rap yang hanya tau menyanyi, mengarah, bercakap tetapi tidak tahu budi bahasa itu.
Seorang blogger Mazidul Akmal membidas satu bahagian dalam video berkenaan yang menyentuh isu Sekolah Kebangsaan yang mana Mazidul turut menulis berkenaan itu.
Menurut beliau, Namewee menyerlahkan kedunguannya melalui video itu kerana tidak melakukan “homework” terlebih dahulu.
Mazidul menulis, “Namewee, itu tempat aaa, BUKAN tandas lorrrrr! Kalau lu sikit baca, talak itu macam cakap punya,”
Nyanyi boleh nyanyi, tapi itu lilik mahu kasi butui dulu, balu ngam. Satu hali dulu, wa ada pigi itu tembok besat China, itu tandas, dinding pun talak oooo, banyak itu sai (tahi), sepah sepah.
Pelbagai pihak lagi masih meluahkan rasa tidak puas hati mereka di atas perkembangan terbaru video Namewee ini. – Mynewshub.my
Post a Comment