Home » » Mati Ditembak Dari Dalam Kereta : Ahli Perniagaan Sabah Mangsa

Mati Ditembak Dari Dalam Kereta : Ahli Perniagaan Sabah Mangsa

Written By LAILANATASHA on Sunday, August 4, 2013 | 1:27 PM



Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam Sabtu.

Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia lewat malam Ahad.

Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.

Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.

Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.

Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.

Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu. – mStar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger