Home »
» Kejar Dan Bom Ala Mafia
Kejar Dan Bom Ala Mafia
Written By LAILANATASHA on Saturday, August 17, 2013 | 11:59 AM
Seorang bapa enam anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana sengaja menyebabkan ketakutan terhadap pemandu dan penumpang sebuah kereta dengan mengejarnya.
Chin Soon Hock, 37 dari Taman Serindek Sungai Petani, Kedah, turut dikenakan dua lagi pertuduhan iaitu menggunakan bahan letupan sehingga menyebabkan kerosakan pada kereta yang sama dan mengambil dadah jenis methamphetamin ketika ditahan polis.
Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Diannee Ningrad Nor Azhar.
Soon Hock bersama dengan seorang yang masih bebas juga didakwa telah mendatangkan ketakutan dengan menggunakan kereta yang dipandu mereka mengejar dan sengaja melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Love di sini kira-kira pukul 2.20 petang pada 12 Ogos lalu.-KOSMO
Post a Comment