Home » » Hasutan Ngeh Koo Ham : Isyarat Turun Ke Jalanraya

Hasutan Ngeh Koo Ham : Isyarat Turun Ke Jalanraya

Written By LAILANATASHA on Friday, August 16, 2013 | 7:36 PM



Seorang pengundi di kawasan Parlimen Ipoh Barat hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan mengenai petisyen pilihan raya yang ditolak Mahkamah Pilihan Raya.

Ahmad Faizal Jaafar, 37, berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan tersebut dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman negara.

"Pada pandangan saya, kenyataan tersebut boleh mendatangkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang menjadi tunjang keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, di sini.

Koo Ham dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets. (Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya). - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger